Friday, 10 June 2011

:ceritera si pengapit:

pengapit lelaki berbisik pada pengantin lelaki,
'aku nak berkenalan dengan pengapit perempuan...'
si pengantin lelaki berbisik pula pada pengantin perempuan,
'pengapit lelaki nak berkenalan dengan pengapit perempuan..'
lantas si pengantin perempuan berbisik pula pada pengapit perempuan,
'pengapit lelaki mahu berkenalan dengan kau...'

dan si pengapit perempuan?

hai pengapit lelaki, kau mahu berkenalan dengan pengapit perempuan?
si perempuan yang kau bawa kau kendong ke sana ke mari itu, mana kau mahu campakkan?
ke sungai?
ke laut?
atau ke longkang kali?

No comments: