Saturday, 11 June 2011

:itu kata orang...:

Sebelum aku jadi pengapit, aku mimpikan ular… orang kata tu tandanya ada orang nak masuk meminang… tu orang katalah… betul ke? Aku hanya mampu tersenyum…

Bila aku jadi pengapit, orang kata ‘ha dah tak lama lagilah tu… amek berkat pengantin… ‘ tu orang katalah… betul ke? Dan aku hanya mampu tersenyum…

Lepas aku jadi pengapit, ada kawan mimpikan aku bertunang… orang kata agak-agak tak lama lagilah tu giliran aku… tu orang katalah… betul ke? Dan sekali lagi aku hanya mampu tersenyum…

Dan semalam, aku sendiri pulak yang mimpikan aku bertunang… betul-betul dah tak lama lagi ke? Ketawa~ Tak kot… Mungkin sebab aku agak kefikiran bila dengar kata-kata orang tu yang sampai mimpi-mimpi tu… Kalau reality takdelanye kot…

Kelakar. Tapi betul ke? Kalau betul-betul, rasanya akulah orang yang paling gembira dan bahagia di muka bumi ni. Cet! Berangan lebey muka aku. Sape entah yang nak masuk minang aku. Calon pun nan hado. Dalam mimpi je lah ye…

ok bye….

No comments: