Monday, 6 June 2011

:mencarut dan melucah:


Manusia dan mencarut memang tak dapat di pisahkan kan? Cuba angkat tangan sape yang tak pernah mencarut? Paling bangsat pun mesti ada yang mencarut dalam hati kan terutamanya bila dah geram sangat. Bila dah mencarut kadang-kadang terselit jugak melucah sikit-sikit kan? Dan aku paling pantang kalau ada manusia-manusia melucah ni. Dalam hati mesti aku cakap manusia-manusia ni bangang semuanya. Ok, aku bukan budak baik. Aku mengaku tu.

Kenapa zaman sekarang ramai sangat manusia yang suka mencarut dan melucah ya? Kalau mulut tu duduk diam-diam kat situ tak boleh ke ha? Sakit telinga aku ni mendengar. Paling sakit hati aku ni. Nak je aku cibai mulut sorang-sorang. Macam bangkai tak reti diam. Ok, ayat-ayat keji sudah mula mengeluarkan diri.

Kalau lelaki mungkin kau boleh consider sikitla kot sebab dah dasar diorang semua jenis kasar dan cakap pun main lepas je. Tapi kalau perempuan? Wakdehel? Dah nak sama naik dengan lelaki apa kes? Mencarut, melucah lepas tu ketawa miang. Macam harem…. Cop3…. Aku pernah macam tu ke? Aku rasa tak dan harap-harap tak pernah….

Ada satu kes, sorang akak ni dengan selamba dia je lucahkan laki dia depan aku dengan kawan aku. Apa kes? Maksud aku dia cakap benda lucah pasal suami dia dekat kitorang. Aku rasa macam nak sound je akak tu kan. Dah la aku ni single lagi belum kahwin. Macam harem je…. Apa dia tak tahu ke berdosa mempermainkan maruah suami sendiri macam tu? Tak tahu la tu kot…. Kalau ya pun kau nak bergurau, fikir-fikirla sikit akak oi. Kalau kau gurau bodoh aku boleh la terima kot. Tapi ni tidak, kau gurau lucah kak? Memang kena la bangang dengan aku. Dasar~

Kepada perempuan-perempuan dekat luar sana, tolonglah jaga tutur bicara anda-anda semua ya terutama yang dah kahwin tu. Mentang-mentangla dah kahwin kan, sesedap rasa aje mulut korang ya? Aku ni pun bukan budak baik sangat. Tapi kalau memanjang je nak mencarut dan melucah, itu bukan aku ok!

Ok, aku dah selesai merapu. Bye~

No comments: