Tuesday, 28 June 2011

:kusut sebuah pilihan:

Buku Hlovate itu ditutup. 'Catatan Perjalanan-Contengan Pengalaman Perjalanan Cari Tuhan; Kisah Fendi'. Gadis itu menjengah ke jendela melihat titisan hujan basah menyirami bumi. Sejuk dan mendamaikan. Masih teringat akan salah satu kata-kata dalam buku tersebut yang betul-betul terkena dengan situasi si gadis.

'Kerja memang bukan lagi dikatakan beban kalau dah tu memang benda yang kita suka lakukan...'

Ayat itu terngiang-ngiang di benak fikirannya. Kusut memikirkan masa depan sementelah gadis itu sekarang berada dalam krisis dengan kerjaya sendiri.

'Dah memang tepatla aku beli buku ni. Macam tahu-tahu je aku tengah kusut. Betul-betul kena dengan situasi aku sekarang. Memang tak rugi langsung aku beli. Patutlah tangan ni laju je amik buku ni tanpa fikir pape...' gumam gadis itu sendiri.

Satu keluhan kecil dilepaskan.
Buntu.
Ayat itu sekali lagi terngiang-ngiang di benak si gadis.
'Kerja sememangnya bukan satu beban kalau itu benda yang kita suka.Tapi, kalau benda yang kita suka akhirnya sudah menjadi satu beban, macam mana pula?' Gadis itu masih berbicara dengan diri sendiri cuba mencari jalan penyelesaian. Tapi sekali lagi, buntu...

Ah, kusut!

Si gadis kusut memikirkan samada mahu meletakkan jawatan dan memulakan kerjaya baru atau bertahan sahaja dengan situasi yang dialami. Tapi apa guna bertahan kalau hati, nafsu dan emosi sudah tawar dengan kerjaya sekarang? Sehari-hari hanya seperti mayat hidup. Menjalani kehidupan sia-sia tanpa hala tuju. Bukan ke sadis kalau hidup macam tu? Hidup sepatutnya dijalani dengan penuh bermakna bukan? Bangun pagi mencari redha. Mulakan hari dengan kebahagiaan. Dan mengakhiri hari juga dengan kebahagiaan. Tapi kalau sehari-hari selalunya dimulakan dengan keterpaksaan dan pengakhiran hari juga dengan keterpaksaan kerana tidak mahu menjenguk hari esok, macam mana?

Pening memikirkan penyelesaian, si gadis memilih untuk menghiburkan hati dengan melayan petikan gitar dari gitar kesayangan. Ayat yang tadinya mengganggu fikiran mula terbang melayang sedikit demi sedikit seirama dengan petikan gitar yang dialunkan.

Tenang...

No comments: