Thursday, 23 June 2011

:[FIXI] Kougar by Shaz Johar:


Ini buku pertama yang aku beli sebab selepas aku baca review pasal buku ni dekat blog zara, aku tertarik dan aku rasa macam cerita dalam buku ni ada kena mengena dengan aku. Itu perasaan aku masa tu. Tapi lepas aku dah beli dan baca buku tu, ternyata ianya bukan seperti apa yang aku rasa. Eh, aku bukan macam tu. Walaupun aku dah berusia dan sudah dikira layak untuk menjadi isteri, tapi jodoh tu masih belum tiba lagi untuk aku. Kehidupan bujang aku juga tak sesosial watak utama dan yang penting, aku tak suka anak ikan. Titik.

Kougar.

Kalau kamu cari-cari maksudnya di dalam kamus, kamu mungkin takkan menemui perkataan kougar tersebut, tetapi sebaliknya kamu akan menjumpai cougar yang akan membawa pada kamu maksud; sejenis harimau di Amerika atau Puma.

Tapi ini bukan maksud yang ingin disampaikan disini. Kougar dalam konteks ayat disini lebih kepada membawa maksud seorang perempuan tua yang sukakan lelaki yang lebih muda daripada dia. Dan aku rasa ini merupakan fenomena biasa pada zaman sekarang. Lihat saja di mana-mana. Bahkan di Malaysia sendiri sudah berlambak. Tak perlu aku ceritakan siapa. Sendiri tahu sudah.

Si perempuan tua dan anak ikan. Ok, cinta itu memang tidak mengenal usia. Dan manusia sekarang lebih suka menggunakan perkataan umur itu hanyalah pada angka. Tapi, walau semana maju sekalipun dunia itu, tidak semua manusia boleh menerima fenomena ini. Pada mereka, perempuan tua jika bergandingan dengan lelaki lebih muda pasti akan menimbulkan reaksi-reaksi yang tidak sepatutnya di kalangan masyarakat. Si perempuan tua yang tidak sedar diri. Si perempuan tua yang gila seks. Si perempuan tua yang itu. Si perempuan tua yang ini. Macam-macam. Pemikiran manusia. Skeptikal.

Buku kougar ini menceritakan tentang Kisha, seorang perempuan  berkerjaya dan mempunyai kehidupan yang agak baik walaupun telah berusia  yang telah jatuh cinta pada seorang lelaki yang lebih muda 15 tahun daripada beliau. Ditakdirkan pula lelaki tersebut bekerja di bawah pengurusan beliau bagi menggantikan pekerja-pekerja lama yang selalu membawa masalah. Dan ini merupakan satu peluang pada Kisha untuk cuba menyulam perasaan pada lelaki muda tersebut, Azril. Tanpa dijangka Azril juga berperasaan sama seperti Kisha.

Seperti biasa, perhubungan seperti ini tentunya menimbulkan pelbagai konflik dari segenap sudut.

Selain perhubungan dengan Azril, dalam masa yang sama Kisha juga tersepit dengan perhubungan beliau bersama seorang dato' dan juga desakan ibu beliau untuk menjodohkan beliau dengan seorang imam muda merangkap saudaranya sendiri. Pelbagai insiden tak terjangka berlaku sepanjang perjalanan kehidupan Kisha apabila mendapati beliau telah pun terlanjur dengan dato' tersebut. Kemudian berkahwin pula dengan Razif setelah putus cinta dengan Azril tanpa mengetahui nasib yang bakal menemui beliau selepas itu.

Konflik; andartu dan anak ikan, andartu dan dato’, andartu dan imam muda. Semuanya menceritakan pergolakan hidup yang berlaku pada Kisha setelah dia bertemu dengan Azril. Bagaimana Kisha mencari penyelesaian di atas semua permasalahan. Insiden-insiden yang berlaku sepanjang penceritaan. Dan kesudahannya? Sila beli dan baca sendiri. Walaupun secara jujurnya aku kurang berminat dengan jalan kesudahan, tapi itu realiti hidup bukan? Dan maaf, ini bukan novel cinta yang klise yang selalu dibaca sebelumnya. Aku suka..

Nota kecil : cubaan pertama untuk membuat ulasan. Maaf, aku masih hijau...


4 comments:

jejaka anggun said...

thanx for the review...

^ai-mie : 아이-미^ said...

uwaaa.. time kasih tuan penulis... nice book though... tak rugi beli...

ajoayem said...

terbaek... kougar best. rindu nak baca buku ni lagi. member pinjam..

^ai-mie : 아이-미^ said...

nanti membe dah pulangkan, bacala balik... atau mau pinjam aku punya?