Thursday, 30 June 2011

:[FIXI] Dendam by Affifudin Omar:


Aku ambil masa agak lama untuk baca buku ni sampai habis. Bukan sebab isi dalam buku ni susah untuk dicerna atau membosankan. Tapi sebab aku sibuk dengan kerjaya. Itu aje.

Isi kandungan dalam buku ni lebih menjurus kepada kekuasaan, kekayaan, kepolitikan, keperempuanan, kekeluargaan dan bermacam-macam ke-an lagi. Walaupun yang aku baca ini adalah sebuah buku, namun apa yang aku rasa sepanjang pembacaan aku, aku dapat merasakan realitinya. Eh, dekat Malaysia ni pun ada betul-betul berlaku seperti apa yang diceritakan bukan?

Aku rasa orang kerajaan dan orang politik berkemungkinan takkan sukakan buku ini. Pasti ada yang mencemuh dan membangkang. Itu apa yang aku rasa. Tapi betulkan, kebenaran itu kadang-kadang pahit untuk ditelan?

Khalil Gibran seorang anak lelaki yang telah bernekad untuk membalas dendam setelah melihat kekejaman yang telah dilakukan oleh anggota polis kepada ayahnya akibat politik. Membesar dan menyertai anggota kepolisian merupakan langkah pertama untuk rancangan pembalasan dendamnya.  Menjadi polis untuk membalas dendam kepada anggota polis. Bermula daripada bawahan sehinggalah mula menjadi seorang yang berkuasa, Khalil mula menjadi seorang manusia yang kejam dan beku. Tanpa sekelumit perasaan bersalah dia mula menyalahkan kuasa yang ada ke jalan yang tidak betul.

Dalam proses untuk membalas dendam ini, bermacam-macam kejahatan yang telah Khalil Gibran lakukan. Berkomplot dengan manusia-manusia seangkatan adalah perkara yang wajib demi menjayakan misi.

Walaupun buku ini berunsur kepada motif untuk membalas dendam, namun ada juga diselitkan tentang cinta dan kasih sayang. Cinta Khalil pada keluarganya. Cinta Khalil pada isterinya. Cinta Khalil pada anaknya. Dan cinta Khalil pada perempuan-perempuan simpanannya. Dah nama pun manusia bukan? 

Berjayakah misi Khalil Gibran untuk membalas dendam?
Selama-lamanyakah Khalil Gibran bergelumang dengan kejahatan yang dilakukan?
Atau adakah akhirnya Khalil Gibran akan bertaubat dan kembali ke jalan yang benar?

Kalau nak tahu, sila beli buku ni sendiri ok. Kalau nak pinjam dengan aku pun boleh. Eh, tak rugi baca buku ni ok. Sekurang-kurangnya ada benda realiti dekat luar sana yang selama ni korang tak pernah sedar pun. Dan pasti akan membuatkan korang ternganga dan berkata 'seriously?'... Ok la tu kan kalau nak dibandingkan dengan novel cinta yang membuatkan kadang-kadang korang berangan tak sedar diri. Wake up dude! Ini realiti!

No comments: