Saturday, 4 June 2011

:ceritera perkahwinan:

hari ni salah seorang kawan aku telah melangsungkan perkahwinan... sebagai seorang kawan, aku telah bersetuju untuk jadi pengapit... hari ni, masa akad nikah saja kawan aku terpaksa bersama dengan 6 lagi pasangan lain.... memang ramai gila ya? ni kali pertama aku berada dalam situasi macam ni... siyes... memang ambil masa jugak la nak tunggu sampai habis... 

dan hari ni jugak, dekat kampung ada dua majlis perkahwinan kawan aku. dan satu lagi besoknya... wah, ramainya... tapi maaf, tak dapat balik kampung pergi kenduri korang semua. 


tadi masa temankan kawan pergi outdoor shooting, terserempak dengan dua lagi pasangan pengantin. juga amek shooting outdoor di tempat yang sama. tak termasuk lagi dengar ulasan dari masjid berdekatan berkenaan majlis akad nikah esok harinya pada pasangan-pasangan pengantin yang bakal bernikah beramai-ramai di masjid. lepas tu masa balik ke rumah sewa tadi, ada ternampak dua lagi majlis perkahwinan di kawasan taman. siyesly, memang ramai giler kan?

dan hari ni saje aku pun tak tahula berapa ramai dok tanye bile pulak giliran aku. damn!

anyway, entry just nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA SEMUA PASANGAN PENGANTIN SELURUH MALAYSIA. semoga berbahagia ke akhir hayat dan sentiasa berada di bawah redha Ilahi...

Nota kecil : need to take a bath. damn badan aku dah bau macam kambing sebab seharian bermandi peluh jadi pengapit dan pengiring... owh, nanti bila photographer dah upload gambar, aku share dekat sini sikit ok!

No comments: