Tuesday, 7 June 2011

:bila masih berpegang pada kepercayaan itu:


aku : wah... banyaknya dapat hadiah... siap dapat vacuum cleaner lagi tu... jelousnya...
dia : a'a... company aku yang bagi... lepas ni takdela lagi nak berebut dengan bos aku.
aku : tu apa? kenapa tak buka lagi sampulnya?
dia : entah... aku sendiri pun tak pasti. mak dan abang aku takut tu adalah jam. sebab tu diorang tak bagi aku buka sampulnya. disuruh simpan sahaja.
aku : kenapa? 
dia : orang cina cakap, kalau ada orang bagi hadiah jam, ada maksud tak baik. maksudnya macam nak suruh kau mati cepat...
aku : ooo... (dalam hati, watdehel?)

itukan apa yang orang cina cakap? kenapa mesti nak percaya? kau kan melayu? Islam lagi.. dan ya, walaupun mak kau cina masuk Islam tapi rasanya kau patut berpegang pada kepercayaan Islam. bukannya masih lagi mempercayai kepercayaan cina. yang kadang-kadang mungkin boleh membawa kepada syirik? ahh... aku sendiri masih jahil tentang agama. mulut ini ingin berkata-kata dan bercanggah pendapat dengan kau, tapi suara ini tersekat-sekat di dalam. hanya mampu berkata-kata di dalam hati sahaja. kejahilan yang ada pada diri membataskan kata-kata aku.

sungguh aku ingin cuba memperbetulkan kau. cuba mengajar kau menjadi muslimah lebih baik, tapi aku sendiri tidak tahu bagaimana. sementelah lagi aku sendiri masih punya banyak perkara yang perlu belajar. aku kasihan melihat kau yang hanyut. dan aku juga kasihan melihat ibu kau yang tiada pembimbing. aku sayangkan kau, ibu kau dan ahli keluarga kau sama seperti ahli keluarga aku. 

ahh... aku akan cuba mana yang terbaik. dan semoga suami kau sendiri mampu untuk membimbing kau ke jalan yang benar. seiring sejalan mencari redha Allah. dan semoga suatu hari nanti kita sama-sama berada di jalanNya...

Nota kecil : aku yang masih terkapai-kapai...

2 comments:

Solihin Zubir said...

keh3.. kita Islam, knapa mesti percaya dgn kepercayaan karut org kafir.. haish..

^ai-mie : 아이-미^ said...

@sz : tu lah... tgh cuba untuk memperbetulkan keadaan...