Thursday, 2 June 2011

:apa dah jadi dunia?:

salam khamis semua...

kejap je kan masa berlalu sekarang ni... kadang-kadang rasa macam tak sedar je masa berlalu...

hari ni baca blog, baca paper, agak terkejut dengan berita yang disampaikan. setelah dikira-kira, apa yang aku tahu hari ni sahaja aku terbaca tiga bayi telah meninggal dunia. Innalillah... semoga bayi-bayi yang tidak berdosa ini ditempatkan di tempat yang sepatutnya.

kejadian pertama - pasal manusia yang tidak berhati perut telah melemparkan bayi yang tidak berdosa tersebut dari tingkat lima bangunan sehingga bersepai. Nauzubillah... sungguh kejam kau manusia. apa salah bayi tu sampai kau buat dia begitu? sungguh! kau memang kejam! semoga Allah ampunkan dosa kau. Al-Fatihah untuk mangsa... berita lanjut disini...

kejadian kedua - bayi meninggal akibat kelaparan tidak mendapat susu. yang ni aku tak sempat nak baca sepenuhnya. tapi menurut yang aku baca, kedua ibu-bapa bayi tersebut adalah pesakit mental. berita lanjut disini...

kejadian ketiga - bayi meninggal akibat tersedak susu. tak tahu nak salahkan siapa. mungkin Allah lebih sayangkan budak tu. berita lanjut disini...

apepun Al-Fatihah untuk bayi tersebut dan takziah untuk keluarga mangsa. semoga mereka tabah menghadapi ujian ni. mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi...

dunia sekarang sangat menakutkan. semoga aku, ahli keluarga dan yang terdekat sentiasa berada di bawah redha Ilahi. Amin...

No comments: