Thursday, 30 June 2011

:malam ini:

malam ini aku bosan...
aku teringatkan kenangan dulu-dulu...
aku teringatkan mak dekat kampung...
aku rindu dekat semua orang...
kalau boleh saat ini juga aku mahu pulang ke kampung jumpa semua...
lepaskan rindu yang bersarang dalam jiwa...
kalaulah boleh...

:[FIXI] Dendam by Affifudin Omar:


Aku ambil masa agak lama untuk baca buku ni sampai habis. Bukan sebab isi dalam buku ni susah untuk dicerna atau membosankan. Tapi sebab aku sibuk dengan kerjaya. Itu aje.

Isi kandungan dalam buku ni lebih menjurus kepada kekuasaan, kekayaan, kepolitikan, keperempuanan, kekeluargaan dan bermacam-macam ke-an lagi. Walaupun yang aku baca ini adalah sebuah buku, namun apa yang aku rasa sepanjang pembacaan aku, aku dapat merasakan realitinya. Eh, dekat Malaysia ni pun ada betul-betul berlaku seperti apa yang diceritakan bukan?

Aku rasa orang kerajaan dan orang politik berkemungkinan takkan sukakan buku ini. Pasti ada yang mencemuh dan membangkang. Itu apa yang aku rasa. Tapi betulkan, kebenaran itu kadang-kadang pahit untuk ditelan?

Khalil Gibran seorang anak lelaki yang telah bernekad untuk membalas dendam setelah melihat kekejaman yang telah dilakukan oleh anggota polis kepada ayahnya akibat politik. Membesar dan menyertai anggota kepolisian merupakan langkah pertama untuk rancangan pembalasan dendamnya.  Menjadi polis untuk membalas dendam kepada anggota polis. Bermula daripada bawahan sehinggalah mula menjadi seorang yang berkuasa, Khalil mula menjadi seorang manusia yang kejam dan beku. Tanpa sekelumit perasaan bersalah dia mula menyalahkan kuasa yang ada ke jalan yang tidak betul.

Dalam proses untuk membalas dendam ini, bermacam-macam kejahatan yang telah Khalil Gibran lakukan. Berkomplot dengan manusia-manusia seangkatan adalah perkara yang wajib demi menjayakan misi.

Walaupun buku ini berunsur kepada motif untuk membalas dendam, namun ada juga diselitkan tentang cinta dan kasih sayang. Cinta Khalil pada keluarganya. Cinta Khalil pada isterinya. Cinta Khalil pada anaknya. Dan cinta Khalil pada perempuan-perempuan simpanannya. Dah nama pun manusia bukan? 

Berjayakah misi Khalil Gibran untuk membalas dendam?
Selama-lamanyakah Khalil Gibran bergelumang dengan kejahatan yang dilakukan?
Atau adakah akhirnya Khalil Gibran akan bertaubat dan kembali ke jalan yang benar?

Kalau nak tahu, sila beli buku ni sendiri ok. Kalau nak pinjam dengan aku pun boleh. Eh, tak rugi baca buku ni ok. Sekurang-kurangnya ada benda realiti dekat luar sana yang selama ni korang tak pernah sedar pun. Dan pasti akan membuatkan korang ternganga dan berkata 'seriously?'... Ok la tu kan kalau nak dibandingkan dengan novel cinta yang membuatkan kadang-kadang korang berangan tak sedar diri. Wake up dude! Ini realiti!

Wednesday, 29 June 2011

:terima kasih teman:

setelah sekian lama...
mendapat perkhabaran dari seorang teman...
dan secara jujur...
aku gembira...
sangat-sangat...
teman, aku rindu...
dan terima kasih atas perkhabaran itu...
sungguh~

:wordless wednesday #2:...

...me with my kimia @ Pantai Batu Layar, Johor...

Tuesday, 28 June 2011

:kusut sebuah pilihan:

Buku Hlovate itu ditutup. 'Catatan Perjalanan-Contengan Pengalaman Perjalanan Cari Tuhan; Kisah Fendi'. Gadis itu menjengah ke jendela melihat titisan hujan basah menyirami bumi. Sejuk dan mendamaikan. Masih teringat akan salah satu kata-kata dalam buku tersebut yang betul-betul terkena dengan situasi si gadis.

'Kerja memang bukan lagi dikatakan beban kalau dah tu memang benda yang kita suka lakukan...'

Ayat itu terngiang-ngiang di benak fikirannya. Kusut memikirkan masa depan sementelah gadis itu sekarang berada dalam krisis dengan kerjaya sendiri.

'Dah memang tepatla aku beli buku ni. Macam tahu-tahu je aku tengah kusut. Betul-betul kena dengan situasi aku sekarang. Memang tak rugi langsung aku beli. Patutlah tangan ni laju je amik buku ni tanpa fikir pape...' gumam gadis itu sendiri.

Satu keluhan kecil dilepaskan.
Buntu.
Ayat itu sekali lagi terngiang-ngiang di benak si gadis.
'Kerja sememangnya bukan satu beban kalau itu benda yang kita suka.Tapi, kalau benda yang kita suka akhirnya sudah menjadi satu beban, macam mana pula?' Gadis itu masih berbicara dengan diri sendiri cuba mencari jalan penyelesaian. Tapi sekali lagi, buntu...

Ah, kusut!

Si gadis kusut memikirkan samada mahu meletakkan jawatan dan memulakan kerjaya baru atau bertahan sahaja dengan situasi yang dialami. Tapi apa guna bertahan kalau hati, nafsu dan emosi sudah tawar dengan kerjaya sekarang? Sehari-hari hanya seperti mayat hidup. Menjalani kehidupan sia-sia tanpa hala tuju. Bukan ke sadis kalau hidup macam tu? Hidup sepatutnya dijalani dengan penuh bermakna bukan? Bangun pagi mencari redha. Mulakan hari dengan kebahagiaan. Dan mengakhiri hari juga dengan kebahagiaan. Tapi kalau sehari-hari selalunya dimulakan dengan keterpaksaan dan pengakhiran hari juga dengan keterpaksaan kerana tidak mahu menjenguk hari esok, macam mana?

Pening memikirkan penyelesaian, si gadis memilih untuk menghiburkan hati dengan melayan petikan gitar dari gitar kesayangan. Ayat yang tadinya mengganggu fikiran mula terbang melayang sedikit demi sedikit seirama dengan petikan gitar yang dialunkan.

Tenang...

Monday, 27 June 2011

:pilihan:

Nak berubah ke arah kebaikan tu, susah sangat kan?
Sehari?
Sebulan?
Setahun?
Kadang-kadang makan masa bertahun-tahun…
Bergantung…
Tapi,
Kalau nak berubah ke arah kejahatan tu, senang je…
Sekelip mata…
Tak kira siapa…
Hidup…
Pilihan masing-masing…


Sunday, 26 June 2011

:[K-POP] Leader's - Please:


neol bol ttaemada neukkyeotdeon seolletdeon maeumi
eodiro gan geonji seogeulpeun gamjeongman nama
ttatteutage deullyeotdeon neoui moksorido
ibyeol ape modeun ge muneojyeo ganeun geol

ireojima jebal
naebeoryeodwo
honja nwadwo
jeonhwado ma
ijen jichyeosseo

amumal hajima geunyang tteonaga
nal japgo maedallyeo tteodeureo daejima
neo eobsi jinaedo nan amureochido anha
sarang ttaemune uljido anha
du beon dasi nae ape natanaji marajwo
naega geuripdago chajaoji marajwo
(I do not love. Is this you?)
hoksi majuchyeodo geunyang jinagabeoryeo
dasi nal chatjima jebal

gamjeong kkeute maedallin chueok ttaemune neol
bol ttaemada nae maeumi pyeonchiga annneun geol
sarang dwie sangcheoro neomu apeun nande
eotteoke saeroun sarangeul hal su isseulkka

jigeumbuteo urin
kkeutnan geoya
nareul nwajwo
geunyang gajwo
ijen jichyeosseo

amumal hajima geunyang tteonaga
nal japgo maedallyeo tteodeureo daejima
neo eobsi jinaedo nan amureochido anha
sarang ttaemune uljido anha
du beon dasi nae ape natanaji marajwo
naega geuripdago chajaoji marajwo
(I do not love. Is this you?)
hoksi majuchyeodo geunyang jinagabeoryeo
dasi nal chatjima jebal

heeojin dwi neol itji motae
bameul sewo un jeokdo manha
sarangi neomu geuriwodo
neoege dasi doragajin anha

naege sarangeun sachi
machi pillyo eobsi keodaran
seonmulsangjawado gatji
swipge saranghaji anheullae
nareul sumgillae sogillae
sangcheoppunin mam ijen gamchullae
du beon dasi nae ape natanaji marajwo
naega geuripdago chajaoji marajwo
(I do not love. Is this you?)
hoksi majuchyeodo geunyang jinagabeoryeo
dasi nal chatjima jebal

dwidora bojima geunyang tteonaga
huhoedo miryeondo moduda beoryeosseo
ulmyeo jeonhwahaeseo nae ireum bureujima
nan sarang ttaemune uljineun anha
jakku jeonhwahaeseo nal gwichanke hajima
ibyeol ape jakku chisahage guljima
(It’s time to leave now)
neoreul bwado naneun amureochido anha
dasi nal chatjima jebal

lyrics : credit to romanization.wordpress
Nota kecil : Love this song once i heard it. Nice rhytm... Nice vocal even though they are a new debut idol.


Saturday, 25 June 2011

:one of an awful day:

tadi ada perbincangan  dan penceramahan antara budak-budak engineering. dan seperti biasa kena dengar bos membebel dan menyampaikan rungutan-rungutan dan kejian-kejian pihak-pihak yang tak berpuas hati dekat kami-kami. oh, damn so annoyed. terpaksa dengar benda yang sama again and again but no changes. tak guna kalau kami-kami cuba untuk berubah but still there is no kerjasama daripada orang yang merungut tak menghala tu kan. so damn stupid those people. i know korang semua the boses but that's not mean that you guys are always right cause sometimes you guys also are so damn ****** mengarut you know.

we know lah kitorang ni just kuli-kuli batak yang memang tak boleh nak bangkang you guys the boses kan. it makes us the loser but actually the damn loser is you guys....

and tell you what, in the middle of the meeting tadi i just raised my hand and shout out loud 'bos, saya nak hantar surat'... i ain't said the word berhenti but i guess you all guys know. i'm so sick of this environment and i don't think i can handle it no matter how hard i'm trying to be pro with my job. 

and hell yeah, i love my job. starting with being a draughtswomen with salary not more than 1K, how do you guys think i'm surviving myself this past two years if it not because of i'm loving my job? from draughtswomen and up to senior draughtswomen until now i become an ass. of engrg co-ordinator, i take all the pain and all the insult just because i damn love doing my job. job yang memang susah nak dapat dekat Malaysia ni. drafter, mana-mana pun ada but marine product drafter, susah nak cari. berapa banyak je kilang dekat Malaysia ni yang buat barang-barang marine? tell me...

in the middle of confusion right now. quit or survive? i don't know what decision should i make. really...

and tadi as usual my bos nak belanja makan konon nak ambil mood kitorang balik. but i said no. tak guna kalau tiap kali kitorang kena hentam, belanja makan... kena hentam, belanja makan.. it won't settle the problem though... walaupun banyak kali my boss pujuk i still said no. and even my kimia call me telling that boss ajak keluar makan, but still i said no. i prefer to spent my lunch hour baca 'catatan perjalanan by hlovate' dekat surau. that's better and also made my mood better...

kena bermuhasabah diri mencari jawapan. i still love my job, but i hate those people. 

membuat garisan-garisan menjadikan ia satu benda adalah sesuatu yang mengasyikkan dan cool.

Nota kecil : maaf... ini entry peribadi saat hati tengah serabut. ayat omputih tunggang langgang. dah nama pun SPM english dapat C... ooo yeah....

:bila aku tak suka:

bila aku tidak sukakan seseorang,
aku lebih suka menjauhkan diri,
tanpa mempedulikan...
tanpa pendengaran...
tanpa pandangan...
tanpa kata-kata...
itu aku...

kenapa dan kenapa?
jangan ditanya...
itu kata hati...
yang sukar untuk ditafsir...

katakan apa saja tentang aku...
aku tidak peduli...
bukankah dengan begitu lebih bagus?
atau...
mungkin tidak?

:jalan-jalan malam:

keluar berjalan-jalan menikmati waktu malam dan membeli-belah... dua perkara yang dah agak lama aku tak buat. dan malam ni, aku buat... perasaan? nikmat dan membahagiakan. terima kasih kawan-kawan...

niat sebenar nak cari jeans sehelai dua tapi, lain yang dirancang lain pula yang dibeli. oh, itu adalah normal ya... walaupun ianya bukan apa yang diinginkan tapi berbaloi juga. sehelai cardigan dan skirt. ok la tu kan. 

dan satu benda yang memang tak terjangka. sebuah buku. buku ni istimewa sikit sebab dia terbalik-terbalik. dalam satu buku ada dua bahagian. aku sendiri pun naik pening tengok. tajuk buku? 'contengan jalanan - contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan'. aku belum baca lagi. jadi belum sempat review. nanti kalau aku rajin aku review ok!

 

mata sudah melebam macam panda. mau melelapkan mata sebarang dua dan terbang jauh mencari mimpi indah. selamat malam dunia~

Friday, 24 June 2011

:kopi itu nikmat:


Minum kopi itu nikmat…
Perasaan semasa minum kopi itu misteri…
Tapi kesan selepas minum kopi itu, seksa…
Bibir mula merekah seperti padang pasir…
Badan mula menggigil seperti manusia Parkinson…
Naluri mula bercelaru seperti manusia gila…
Dan ubatnya cuma satu...
Secawan kopi dibilas dengan seliter air kosong...
Mesti!
Damn!

:dimensi baru:

bertemu dimensi baru...
aku bahagia berada di kalangan itu...
kerana akhirnya...
aku bertemu dengan apa yang aku mahu...
dan aku akan berusaha untuk kemahuan itu...

Thursday, 23 June 2011

:[FIXI] Kougar by Shaz Johar:


Ini buku pertama yang aku beli sebab selepas aku baca review pasal buku ni dekat blog zara, aku tertarik dan aku rasa macam cerita dalam buku ni ada kena mengena dengan aku. Itu perasaan aku masa tu. Tapi lepas aku dah beli dan baca buku tu, ternyata ianya bukan seperti apa yang aku rasa. Eh, aku bukan macam tu. Walaupun aku dah berusia dan sudah dikira layak untuk menjadi isteri, tapi jodoh tu masih belum tiba lagi untuk aku. Kehidupan bujang aku juga tak sesosial watak utama dan yang penting, aku tak suka anak ikan. Titik.

Kougar.

Kalau kamu cari-cari maksudnya di dalam kamus, kamu mungkin takkan menemui perkataan kougar tersebut, tetapi sebaliknya kamu akan menjumpai cougar yang akan membawa pada kamu maksud; sejenis harimau di Amerika atau Puma.

Tapi ini bukan maksud yang ingin disampaikan disini. Kougar dalam konteks ayat disini lebih kepada membawa maksud seorang perempuan tua yang sukakan lelaki yang lebih muda daripada dia. Dan aku rasa ini merupakan fenomena biasa pada zaman sekarang. Lihat saja di mana-mana. Bahkan di Malaysia sendiri sudah berlambak. Tak perlu aku ceritakan siapa. Sendiri tahu sudah.

Si perempuan tua dan anak ikan. Ok, cinta itu memang tidak mengenal usia. Dan manusia sekarang lebih suka menggunakan perkataan umur itu hanyalah pada angka. Tapi, walau semana maju sekalipun dunia itu, tidak semua manusia boleh menerima fenomena ini. Pada mereka, perempuan tua jika bergandingan dengan lelaki lebih muda pasti akan menimbulkan reaksi-reaksi yang tidak sepatutnya di kalangan masyarakat. Si perempuan tua yang tidak sedar diri. Si perempuan tua yang gila seks. Si perempuan tua yang itu. Si perempuan tua yang ini. Macam-macam. Pemikiran manusia. Skeptikal.

Buku kougar ini menceritakan tentang Kisha, seorang perempuan  berkerjaya dan mempunyai kehidupan yang agak baik walaupun telah berusia  yang telah jatuh cinta pada seorang lelaki yang lebih muda 15 tahun daripada beliau. Ditakdirkan pula lelaki tersebut bekerja di bawah pengurusan beliau bagi menggantikan pekerja-pekerja lama yang selalu membawa masalah. Dan ini merupakan satu peluang pada Kisha untuk cuba menyulam perasaan pada lelaki muda tersebut, Azril. Tanpa dijangka Azril juga berperasaan sama seperti Kisha.

Seperti biasa, perhubungan seperti ini tentunya menimbulkan pelbagai konflik dari segenap sudut.

Selain perhubungan dengan Azril, dalam masa yang sama Kisha juga tersepit dengan perhubungan beliau bersama seorang dato' dan juga desakan ibu beliau untuk menjodohkan beliau dengan seorang imam muda merangkap saudaranya sendiri. Pelbagai insiden tak terjangka berlaku sepanjang perjalanan kehidupan Kisha apabila mendapati beliau telah pun terlanjur dengan dato' tersebut. Kemudian berkahwin pula dengan Razif setelah putus cinta dengan Azril tanpa mengetahui nasib yang bakal menemui beliau selepas itu.

Konflik; andartu dan anak ikan, andartu dan dato’, andartu dan imam muda. Semuanya menceritakan pergolakan hidup yang berlaku pada Kisha setelah dia bertemu dengan Azril. Bagaimana Kisha mencari penyelesaian di atas semua permasalahan. Insiden-insiden yang berlaku sepanjang penceritaan. Dan kesudahannya? Sila beli dan baca sendiri. Walaupun secara jujurnya aku kurang berminat dengan jalan kesudahan, tapi itu realiti hidup bukan? Dan maaf, ini bukan novel cinta yang klise yang selalu dibaca sebelumnya. Aku suka..

Nota kecil : cubaan pertama untuk membuat ulasan. Maaf, aku masih hijau...


Wednesday, 22 June 2011

:kadang-kadang:

Kadang-kadang aku lebih suka membiarkan manusia tersalah tafsir dengan perubahan emosi aku yang mendadak…
Sebab…
Kadang-kadang memberikan penjelasan kenapa kenapa dan kenapa kepada manusia yang tidak mungkin memahami  perubahan emosi aku,
Sangat melelahkan…
Kalau aku sendiri kadang-kadang sukar untuk memahami emosi sendiri,
Apa aku fikir aku akan mengharapkan manusia lain untuk memahami?
Tidak!
Aku lebih suka membiarkan…
Dan maaf buat manusia yang tidak mungkin memahami…
Aku sememangnya manusia penuh emosi…

Tuesday, 21 June 2011

:terbang:

berada dekat dengan manusia-manusia yang aku tidak suka...
sangat menyesakkan...
aku benci menjadi hipokrit...
benci!
aku ingin terbang...
dan pergi...
jauh...
sendiri...


Monday, 20 June 2011

:kosong:


mood ke longkang...
nafsu ke laut...
perasaan ke sungai...
kosong...
bosan...
yang aku ingin,
sebuah ruang hanya untuk diri sendiri...
noktah!

Thursday, 16 June 2011

:tulisan seorang perempuan yang tengah gila:

 ^picture by fiamen from deviantart... gambar takde kena mengena dengan entry. aku suka sebab comel... tu je^

pagi tadi hujan... mungkin sebab efek gerhana bulan semalam. mungkin... dan aku malas gila nak pergi kerja hari ni. seriously. kalau ikutkan nafsu aku, nak je aku sambung tidur balik. eh, memang aku sambung tidur balik apa. mahunya tidak, semalam je entah pukul berapa aku tidur. semuanya gara-gara nak menghabiskan baca 'kougar'. dan hampeh, sebab bukan main lagi semangat aku membaca rupa-rupanya ending... i don't like it... maaf ye Shaz Johar (penulis Kougar).

suasana kat tempat kerja hari ni rasa macam tensi je. kepala otak aku ni duk sibuk fikirkan banyak gila kerja yang aku nak kena selesaikan. dah la tu, tanpa bantuan orang lain. bukan tak nak mintak tolong, tapi kalau dah memasing buat muka macam bajet diorang je yang busy, nak buat macam mana kan? nak tak nak terpaksa jugak. semalam aku dah sound budak-budak ni, 'kalau sape-sape yang buat drawing, sila issue sendiri'... aku memang takde masa nak melangut berejam-jam menghadap mesin fotostat semata-mata nak issue drawing sedangkan banyak lagi drawing tertangguh aku yang belum aku setelkan. bukan diorang je yang kena buat drawing. aku pun kena jugak ok! mana lagi nak buat kerja bos aku, mana lagi nak co-ordinate kerja budak-budak ni, mana lagi nak check drawing... naik semak kepala hotak aku. dan hari ni hari kedua aku tak bercakap sangat dengan budak-budak aku. tanda protes la konon. maunya tidak... kalau aku berlembut, makin naik lemak. 

hari ni bos nombor dua tak datang sebab demam. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya aku mampu buat kerja dengan tenang. 

oh, tadi aku kena bambu dengan sales Singapore sebab belum issue drawing dia. tapi aku senyum je. dan sempat lagi aku ketawakan dia bila dengar suara dia tengking-tengking dalam telefon. malas nak layan sangat. nanti aku yang sakit jiwa. tapi, nak tak nak aku memang kena siapkan hari ni sebab kerja tu dah lama tertangguh. semuanya gara-gara siapkan kerja orang sampai kerja sendiri tertangguh. pastu last-last sendiri kena bambu. orang lain ada kisah ke kalau aku kena bambu? haha... damn!

finally, lepas bersusah payah, siap jugak kerja aku. tak lah sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya aku boleh bernafas sikit. besok tinggal sambung je sikit lagi. dan besok jugak aku terpaksa menghadap e-mel yang tak terbaca ada kurang lebih seratus gitu~ sekali lagi, damn!

malam ni kena check drawing budak-budak ni. tak sempat dekat office, terpaksa la sambung dekat rumah. nak buat macam mana~

hati ni sebenarnya membuak-buak nak sambung tengok drama korea '49 Days'... sabar ye hati. nanti dah siap kerja kita tengok citer eh... hehe...

maafla kawan-kawan... hari ni entry berbentuk peribadi dan merapu meraban. kepala otak tengah kelam kelibut. so, tiada idea nak buat entry berisi... kalau ada yang tak suka, maaf lagi sekali ye. dan psssttt... butang pangkah ada kat atas tu belah kanan yer~ hehe... jangan marah~

selamat malam dunia... kepada yang menyinggah maaf belum sempat singgah balik. nanti ada masa baru aku jalan-jalan rumah korang ye. dan jangan lupa sediakan air dengan kuih raya sekali~ wee~

Wednesday, 15 June 2011

:wordless wednesday #1:


install Acad...
install Solidwork...
jjajjang... masa untuk memulakan kerja...
tiada entry baru untuk malam ni...
selamat malam dunia...


:seperti mayat hidup:

bangun, berjalan, duduk...
apa yang diperintahkan, itulah yang dilaksanakan...
bangun, berjalan, duduk...
apa yang dipertanggungjawabkan, itulah yang dipikul...
bangun, berjalan, duduk...
sehari-hari itulah rutin yang dilakukan...
tanpa perancangan...
tanpa hala tuju...
tanpa impian...
sama seperti mayat hidup...
tak berguna!

Tuesday, 14 June 2011

:[K-POP] 2NE1 - Lonely:


[CL]Jigeum naega haneun yaegi
Neol apeuge halji molla
Ama nal jukdorok miwohage doel kkeoya

[Minzy]Naega yejeon gatji antadeon ne mal
Modu teullin mareun aniya
Nado byeonhaebeorin naega nat seolgimanhae

[Dara]Neomu chakhan neonde neon geudaeroinde Oh

[CL]I don't know I don't know
Naega wae ireoneunji

[Dara]Geutorok saranghaenneunde neon yeogi inneunde Oh

[Minzy]I don't know

[Dara]Ije nal chatgo sipeo

[Bom]Baby I'm sorry neowa isseodo nan lonely
Saranghagin naega bujokhanga bwa
Ireon motnan nal yongseohae

[Minzy]I'm sorry ige neowa naui story
Sarangiran naegen gwabunhanga bwa
Ne gyeote isseodo

Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely
Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely

[Bom]Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely
Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely

[CL]Nega jalmotan ge anya
Naega isanghan geoya
Imi orae jeonbuteo nan junbi haenna bwa ibyeoreul

[Bom]Jeongmal jalhaejugo sipeonneunde
Hapil sarang apeseoneun wae
Ireoke haneobsi jagajigo oerounji

[Dara]Neomu chakhan neonde neon geudaeroinde Oh

[CL]I don't know I don't know
Naega wae ireoneunji

[Dara]Geutorok saranghaenneunde neon yeogi inneunde Oh

[Bom]I don't know

[Dara]Ije nal chatgo sipeo

[CL]Baby I'm sorry neowa isseodo nan lonely
Saranghagin naega bujokhanga bwa
Ireon motnan nal yongseohae

[Minzy]I'm sorry ige neowa naui story
Sarangiran naegen gwabunhanga bwa
Ne gyeote isseodo

Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely
Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely

[CL]Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely
Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely

[Minzy]Cuz I'm just another girl
I bami werowo nan

[Bom]Deoneun gyeondil su eobseo good bye

[Dara]Cuz I'm just another girl

[CL]Neomuna werowo

[Bom]Jigeum ne gyeote isseodo baby I'm so lonely

[Minzy]Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely
Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely

[CL]Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely
Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely. 
 
MV : 2NE1 youtube channel
Lyrics : lyricsty

:dia dan kau, aku geleng kepala:

dia yang meninggalkan kau...
dia yang menyakitkan kau...
dia yang membuatkan kau terjatuh...
dia yang memburukkan kau...
dia yang menjaja tentang kau...
dia yang mengikat kau seperti tergantung tak bertali...
dia yang menjadikan kau boneka suruhan...

tapi pelik...
kenapa dia yang masih kau ingat?
kenapa dia yang masih kau puja?
kenapa dia yang masih kau cari?
kenapa pada dia kau masih bersandar?

cinta itu buta...
tapi kalau terlampau buta, boleh jadi bodoh juga...

ahh, apa yang aku tentang hati dan perasaan manusia...
kalau sudah takdir kau dan dia,
apa hak aku sebagai hamba hina?
aku hanya mampu melihat dan berdoa dari jauh...
semoga kau baik-baik sahaja...

dan sungguh,
aku tak faham...

Monday, 13 June 2011

:[K-POP] Kim Hyun Joong (ft Double K) - Breakdown:


New song from Kim Hyun Joong. Everyone knows him rite? The actor from Boys Over Flower and also one of the SS501 K-pop group...

Love the song, the rhythm and the dance... But at first, i'm totally can't recognize him because of the differences between him now and from Boys Over Flowers. Can i say i like him now a lil' bit more then from BOF? Maybe because he's a lil' bit macho rite now? Haha... Whateva... 

Aku tak taruk lyric kat sini sebab macam tak sesuai je lagu ni nak nyanyi-nyanyi together-gether. Kalau nak dance along tu bolehla... Wee~

Ohh... Tertinggal lagi satu benda. Sekali pandang masa dalam MV ni, muka KHJ nampak macam muka Erry Putra sikit-sikit kan? Maybe sebab style rambut sama kot atau mata aku yang rabun? Muahaha....

Just enjoy the song guys... Nite~

:ceritera penulisan:

   
          ^picture by girlfromthebridge from deviantart^

aku sukakan penulisan...
sukakan kata-kata kreatif...
sangat mengagumi manusia-manusia yang pandai menulis...
sangat mengagumi pengkarya kreatif..
penulisan waima fakta, fiksyen mahu faksyen...
teringin untuk menjadi penulis berjaya...
teringin mahu menghasilkan karya-karya yang menyentap jiwa...
tapi,
satu kelemahan aku...
kelemahan yang membantut segala keinginan...
aku malas mahu berfikir...

:saya awak aku kau sayang:


Masa mula-mula kawan dulu, aku panggil kau dengan nama kau. Tapi kau tak suka. Kau cakap, ‘kenapa panggil nama?’  Aku pulak jawab, ‘la, kalau tak panggil nama nak panggil apa pulak? Saya awak? Sori der… biawak boleh? Aku kau? Kan nanti cakap kasar pulak…’ lepas tu kau jawab, ‘panggilla yang manja-manja sikit…’ dan aku? Terkedu… 

Kau, kau sedar tak umur kau muda daripada aku? Kau sebaya je dengan adik aku. Sepatutnya kau panggil aku kakak macam budak-budak lain panggil aku. Tapi kau tak nak. Kau cakap ada apa dengan umur. Tu semua hanyalah angka je. Kau cakap lagi, kau sukakan aku. Kau tak boleh lupakan wajah aku. Dan kau mahu aku terima semua pernyataan kau tu? Sedangkan hakikatnya yang kau mesti tidak tahu yang aku sebenarnya sudah tahu kau sudah punya teman istimewa. Sebab itu aku suruh kau panggil aku kakak. Untuk menjarakkan hubungan kita. Mesti kau tak tahu kan?

Aku ingat kau lain daripada yang lain. Bila melihatkan sikap kau yang baik dan berbudi bahasa tu, aku fikir aku boleh percayakan kau. Tapi, sewenang-wenangnya kau nak mempermainkan perasaan aku, budak? Tak semudah itu. Aku belajar daripada kejatuhan aku dulu. Apa kau fikir aku mahu terjatuh lagi. Sakit tahu?

Dan sekarang, kau sudah selamat menjadi tunangan orang. Tak lama selepas kau meluahkan perasaan kau pada aku. Dan nasib baik aku awal-awal lagi telah menolak kehadiran kau dalam hidup aku. Kalau tidak? Gedebuk! Mesti aku terjatuh lagi bukan?

Dan kini, aku dan kau, jauh…. Jauh yang teramat…

Tenang…. Sekurang-kurangnya aku tak disakitkan lagi oleh insan bernama lelaki….

Sunday, 12 June 2011

:[K-POP] FT Island - Hello Hello:

^new song from FT Island. You guys can subscribes to their youtube channel to get their new song from their new mini album..^

annyeongiran mal
hello, hello ijen
goodbye, goodbye

mariya saranghandan mariya
mot itneundan mariya
dasi doraoran mariya
aniya ije waseo igeon aniya
neowa na jeongmal saranghaetjanha

listen up i
nobody, nobody, nobody no one
neo bakken eobseo
sip nyeoni jinado gangsani byeonhaedo
neo bakken eobseo
baboya nal boran mariya
oneuldo neoreul hyanghae sorichyeo

annyeongiran mal
hello, hello ijen
goodbye, goodbye
ijeuryeogo jakku aereul sseodo geuge andwae
nan hello, hello
oh neon goodbye, goodbye
ajikkkaji neoreul saranghandan mariya

mariya bogo sipdan mariya
mot bonaendan mariya
jebal gaji mallan mariya
aniya ibyeoriran mareun aniya
neowa na ajik saranghajanha

listen up i
annyeongira malhamyeo dagawatda
sarangiran mallo nal baboro mandeureotda
hamkkehan siganeun neol mot itge
mandeureotda geurigo tteonagatda
neobakke eomneun naege neon tto dareun
annyeongeul malhanda
geojitmal nal bogo malhaebwa
jeongmal nal tteonal georan marini

annyeongiran mal
hello, hello ijen
goodbye, goodbye
ijeuryeogo jakku aereul sseodo geuge andwae
nan hello, hello
oh neon goodbye, goodbye
ajikkkaji neoreul saranghandan mariya

everybody say la la la
everybody say ha ha ha
everybody say ta ta ta
everybody say hello, hello, hello
naega neol bureul ttaen hello
nega nal bureul ttaen goodbye
uriseoro dareun seulpeun insamal~

saranghanikka hello, hello
andwae goodbye, goodbye
jabeuryeogo hamyeon meoreojineun naui sarang

nan hello, hello
oh neon goodbye, goodbye
oneuldo oechineun neol bureuneun insamal
hello, hello ijen
goodbye, goodbye
ijeuryeogo jakku aereul sseodo geuge andwae
nan hello, hello
oh neon goodbye, goodbye
ajikkkaji neoreul saranghandan mariya
 
MV : FT Island official youtube account
lyrics credit to : monsterlyrics...