Sunday, 1 May 2011

:terlalu pentingkah cinta itu?:


terlalu pentingkah cinta itu sehingga kau sanggup merendahkan maruah kau?
terlalu pentingkah cinta itu sehingga kau sanggup menjaja diri kau kesana ke mari?

aku bingung melihat perlakuan kau...
yang langsung tidak boleh hidup tanpa seorang lelaki...
lantas setiap kali ditinggalkan,
sekejap sahaja kau sudah bertemu cinta baru...
oh, apakah itu yang kau rasakan cinta?

apakah lelaki dan cinta itu perkara terpenting dalam hidup kau?
lantas membiarkan diri kau diperlakukan sesuka hati...
bertukar teman lelaki sepertinya adalah perkara biasa buat kau...
adakah kau merasa puas begitu?
adakah kau merasa mahal begitu?

pernahkah kau memandang pada sudut lainnya?
keluarga kau, kerjaya kau?
adakah kau sudah berjaya dari sudut itu setelah hanya lelaki yang kau pentingkan selama ini?
sedarlah kau,
dunia ini hanya sekali untuk dikecapi dan dihargai...
buanglah sikap kau yang satu itu...
jangan menyesal kelak hanya kerana cinta lelaki...

kau,
cinta itu pasti...
hanya lambat atau cepat sahaja persoalannya...
usahlah kau terhegeh-hegeh mencari cinta...
biar sahaja cinta itu datang sendirinya...
kerana kelak kau pasti bahagia...
yakinlah dengan itu...

psstt : buat seorang teman... aku kasihan melihat kehidupan kau yang tidak menentu... umur kita sudah menginjak ke pertengahan, tapi kau masih belum punya kerjaya dan masih belum punya kesempatan untuk membantu keluarga kau... aku berdoa semuga kau tersedar dari lamunan cinta kau yang panjang itu. hidup ini usah terlalu berharapkan pada lelaki. selagi punya kudrat sendiri tiada salahnya bergantung sendiri... sehinggalah kau punya teman sejati, barulah berkongsi... sentiasa mendoakan yang terbaik buat kau teman walaupun kau selalunya tidak mengendahkan nasihat aku dan kawan-kawan...

No comments: