Thursday, 26 May 2011

:tabah:


Secara jujurnya aku rasa seperti ingin menangis je sekarang ni. Memegang jawatan sebagai Assistant Coordinator cum draughtsman bukanlah satu kerja yang mudah. Banyak benda yang perlu aku lakukan. Banyak benda yang perlu aku monitor. Dan waktu bekerja 11 jam sehari sememangnya tidak mencukupi buat aku.

Bila aku rasa aku sudah berjaya menyiapkan kerja-kerja yang sepatutnya, selepas itu pasti ada sahaja kerja-kerja baru yang menyusul. Memang tak pernah surut. Kadang-kadang penat dan melelahkan tapi semua tu terpaksa juga ditempuhi demi sebuah tanggungjawab.

Ya, aku punya pembantu aku sendiri. Draughtsman baru yang mula bekerja awal bulan lepas. Seorang pekerja yang betul-betul menguji kesabaran aku. Kalau ikutkan amarah aku pasti sudah tunggang-langgang jabatan aku, aku kerjakan. Mengenangkan sikap profesionalisma yang perlu ada dan aku perlu terapkan dalam diri aku, aku cuba kawal semua tu. Nasiblah badan….

Budak-budak sekarang memang manja-manja ke?
Semuanya perlu disuap?
Malasnya mahu bertanya?
Malasnya mahu memberitahu?
Kalau sentiasa begini, bila mahu maju?
Damn!

Itu belum lagi dicampurkan dengan dugaan mendengar suara-suara sumbang salesman-salesman yang sentiasa buat silap tetapi menyalahkan pihak aku? Suara ketua-ketua jabatan yang selalu menyalahkan pihak aku bila barang yang dibuat selalu salah dan direject? Suara budak-budak QA yang selalu mengomen drawing kami salah disebabkan barang yang dibuat di bahagian production tidak sama dengan drawing? Ya, semuanya salah budak engineering…. Tak pernah pun korang semua salah walaupun kadang-kadang sudah terang lagi bersuluh kesalahan siapa sebenarnya…. Kadang-kadang geram dan rasa macam nak cekik-cekik je manusia-manusia macam tu…. Aish…. 

Dugaan….

Semoga Allah memberikan aku kesabaran dalam menghadapi manusia-manusia sebegitu. Dan semoga aku sentiasa tabah menghadapi hari-hari mendatang…. Amin….

No comments: