Saturday, 7 May 2011

:surat untuk omma:

omma, 

apa khabar omma di kampung? anak omma disini terlalu rindukan omma... tapi, anak omma ini belum boleh nak telefon omma sebab ketiadaan kredit telefon... (alasan...) betul omma... anak omma ini tak tipu... omma tengah buat apa sekarang ni? sihatkah omma? omma makan tak ubat ikut masa? omma pantang makan ke tidak? omma kena jaga tau sebab omma kan ada penyakit... tolong jaga diri omma baik-baik kerana anak omma ini belum berkesempatan untuk menjaga omma...

omma, anak omma ini nak mintak maaf banyak-banyak kerana belum mampu untuk menyenangkan omma... omma selalu cakap omma tak kisah tapi sebenarnya dalam hati mesti terdetik jugak walau sedikitkan omma? anak omma ini akan terus berusaha untuk omma. omma, maaf jugak sebab anak omma ini jarang sangat-sangat balik ke kampung menjenguk omma apatah lagi untuk telefon omma. bukan anak omma sudah lupakan omma, tapi entahla... mungkin sebab anak omma ni dengan omma tak berapa rapat sangat kalau berbanding adik. tapi serius, anak omma ini sangat sayangkan omma. ommalah ratu dihati walaupun anak omma ni tak pernah nak tunjukkan dekat omma. 

kadang-kadangkan omma, anak omma ini selalu je jeles tengok omma manja-manja dan bercerita dengan adik. anak omma ni pun nak jugak macam tu tapi... entahla... rasa macam ada jurang je antara kita kan omma? omma pun kadang-kadang macam tak tahu nak bualkan apa dengan anak omma ni kan? hanya senyuman je yang mampu omma berikan. tapi takpe... anak omma ini sudah bahagia dengan senyuman omma itu... kadang-kadang anak omma ni menangis sendiri sebab tak mampu nak luahkan dekat omma walaupun hati teringin sangat... 

kadang-kadang jugakkan omma, tangan ni gatal je nak telefon omma nak bercakap dengan omma... tapi lepas tu anak omma ni mesti termanggu sendiri depan telefon sebab anak omma ini tak tahu nak borakkan apa dengan omma.. sebab kadang-kadang kita bualkan hal yang sama je. omma sihat? omma masak apa hari ni? appa sihat? appa tengah buat apa? kat sana hujan hari ni? kirim salam dekat appa eh... kadang-kadang bila anak omma ni suruh omma bercerita, omma mesti cakap omma tak tahu nak citer apa atau omma takde ape yang nak diceritakan... anak omma ni suruh omma bercerita sebab anak omma ni pun tak tahu nak ceritakan apa dekat omma sebab tak mungkin anak omma ni akan ceritakan kesusahan anak omma ni berada diperantauan. anak omma tak ingin tengok omma bersusah hati...anak omma ni mintak maaf banyak-banyak...

omma, maafkan anak omma ni kerana dah jadi anak derhaka... anak omma ni akan terus berusaha perbaiki kekurangan diri... anak omma ni tak nak menyesal di kemudian hari... anak omma teringin sangat nak menyenangkan kehidupan omma. anak omma ingin melihat omma memakai perhiasan emas sama macam orang lain... anak omma ni ingin sangat bawak omma dengan appa pergi umrah. kalau mampu, anak omma ni akan bawak omma dengan appa pergi haji... mesti seronokkan omma? sampai sana nanti, anak omma ni nak berdoa semoga hubungan kita jadi rapat supaya omma dapat ceritakan semua kesusahan omma ni pada anak omma... supaya anak omma ini lebih mengerti...

omma, walau macam mana pun hubungan kita, anak omma ni tetap sayangkan omma... dan anak omma ni tahu omma pun sayangkan anak omma ni kan... ibu mana yang tak sayangkan anak kan? omma, anak omma ni sebenarnya nak ucapkan 'selamat hari ibu' untuk omma. sayang omma ketat-ketat... nanti bila anak omma balik kampung nanti, baru anak omma ni bagi hadiah ek... muahh... sayang omma...

salam sayang,
anak omma yang berada jauh diperantauan

No comments: