Monday, 16 May 2011

:pergi:

pergi?

ya, pergi... pergi meninggalkan bumi tempat aku berpijak sekarang ini yang rasanya memang sudah sebati dengan jiwa aku. tempat ini yang dahulunya merupakan satu tempat asing bagi aku tapi kini, ianya sudah menjadi sebahagian dari aku. dan aku sepertinya memutuskan untuk pergi...


semuanya masih dalam perancangan. dan samada menjadi atau tidak, bergantung... oh, ini bukan keputusan tiba-tiba rasanya. sudah sekian lama direncanakan cuma belum punya kekuatan untuk melaksanakan. kenapa? ya seperti yang aku katakan tadi, tempat ini sudah menjadi sebahagian dari hidup aku. aku yang dahulunya daif pemikiran tapi kini sudah menjadi matang disini. terlalu banyak pengalaman dan kenangan disini dan sepertinya agak sukar untuk ditinggalkan.

cuma satu perkara yang selalu berlegar-legar difikiran aku. "aku sudah tidak punya sesiapa disini. aku ingin pergi. tapi sekiranya aku pergi dan selepas itu aku mula merindukan bumi ini bagaimana? pada siapa perlu aku pergi disini untuk melepaskan rindu? berlainan sekiranya aku masih lagi disini. aku boleh pergi kemana sahaja walhal pulang ke kampung halaman bila-bila sahaja sekiranya rindu kerana aku masih punya disini malah disana...."

kenapa ingin pergi?

aku fikir, aku ingin memulakan langkah baru. hidup baru. pengalaman baru. suasana baru. dan berubah menjadi seorang yang baru? boleh ke macam tu?

dan untuk pergi, benar-benar pergi rasanya banyak aspek yang perlu aku fikirkan dan pertimbangkan. bukan tentang orang lain aku kira. tapi melebih tentang diri sendiri. ya, itu!

buntu~

aku fikir jalan penyelesaian yang terbaik adalah sujud dan berbicara denganNya. ya, pasti! akan aku laksanakan yang satu itu. semoga diberi penyelesaian yang terbaik tentang niatku yang satu ini... menjadi atau tidak, akan dikhabarkan kemudian. doakan yang terbaik untuk aku~

Nota kecil si gadis : Mendapat semangat melalui blog seseorang. jujur aku katakan dia seorang gadis yang kuat semangat. kami membesar bersama-sama kesusahan. dan tak ramai yang boleh faham itu. sekalipun aku tidak jadi untuk pergi dari bumi Johor ini, mungkin bertukar kerjaya akan menjadi pilihan kedua? Mungkin~

No comments: