Tuesday, 10 May 2011

:maaf kerana merahsiakan:

tett... tett...

bunyi mesej di telefon bimbitku... lantas ku tekan punat terus memasuki inbox.

"salam... mie, blog kau tu dah tak boleh masuk lagi ke?"

rupa-rupanya mesej dari seorang kawan bertanyakan tentang blog lama aku. maaf kawan, aku takde kredit  nak balas mesej kau tu... ah, tunggu sahajalah rehat tengahari nanti. akan aku balas mesej kau di muka buku...

"blog aku yang tu aku dah terdelete dah... mula-mula ingat nak delete blog yang lagi satu tapi tup tup semua blog aku terdelete... dengan e-mail, facebook dan akaun youtube sekali. tulah... tangan ni gatal sangat..."

"oh, patutlah... dah tak boleh bukak... aku nak tanya dari haritu lagi tapi lupa..."

"tulah... dah lame dah... dalam dua bulan dah kot..."

"habis tu, kau tak buat blog baru lagi ke?..."

dan pertanyaan tu, aku biarkan tergantung disitu. tak tahu apa yang patut aku khabarkan... tak tahu apa yang patut aku buat... setelah blog lama aku terdelete dulu, aku telah merahsiakan tentang kewujudan blog baru aku ini daripada kawan-kawan terdekat aku kecuali tiga orang kawan aku ni. entah... aku sendiri tak tahu kenapa. tapi yang pasti, bila tiada orang-orang terdekat dengan aku yang tahu tentang kewujudan blog baru aku ni, aku rasa bebas. aku boleh menulis dengan tulus dari hati aku sendiri. aku rasa yakin... pelik bukan?

ya, aku tahu blog aku ini mungkin hanyalah salah sebuah blog dari blog-blog sampah diluar sana yang tiada info-info menarik atau entry berisi untuk dikongsikan... tapi yang penting, aku puas. aku puas kerana aku dapat menulis... aku puas kerana aku dapat meluahkan... itu lebih penting...

maaf kawan... aku bukan sengaja merahsiakan... malah aku fikir berkali-kali samada nak bagitahu kau atau tak... dan aku fikir, ini bukan masa yang terbaik... kalau kau mengetahui tentang kewujudan blog aku ini dengan sendirinya, aku mohon agar kau rahsiakan dari aku. jangan pernah biarkan aku tahu sehinggalah suatu hari nanti aku dengan rela hatinya memberitahu kau. jangan ditanya kenapa kerana aku sendiri tak tahu. cuma yang pasti, aku tenang begitu...

buat kimia aku juga... kalau suatu hari nanti kau sudah bertemu dengan blog aku ni, atau kau sudah pun bertemu dengan blog aku ini sekarang, tolong rahsiakan dari aku...  aku masih ingin menulis... aku masih ingin memperbaiki penulisan aku... tolong jangan pudarkan harapan aku dengan memberitahu bahawa kau dan kau tahu akan kewujudan blog baru aku ni...

^picture by gltvisualart from deviantart^

dan ya, kalau aku nak kumpul lebih ramai follower senang je sebenarnya... boleh saja aku hebohkan pada kawan-kawan aku sebab kebanyakan daripada mereka memiliki blog sendiri... tapi aku taknak... aku lebih selesa begini... tenang...  

anyway, terima kasih kepada semua follower dan reader yang sangat-sangat sudi memfollow dan membaca blog yang entah hape-hape ni... sangat-sangat berterima kasih... tak sangka dapat follower seramai ni sebab blog lama aku yang sebelum ni hanya ada 8 follower sahaja. kalau tak salah aku lah... dah lupa... mungkin sebab aku tak seaktif sekarang dalam berblog? kalau bab entry mengarut tu, yes i admit!

Nota kecil si gadis : Aku berblog hanya untuk melepaskan gian dalam menulis... Kalau ada yang sudi membaca, terima kasih...

No comments: