Saturday, 14 May 2011

:kenapa ini mesti berlaku:

Mendapat mesej daripada seorang kawan lama menceritakan perkhabaran tentang dia pergi menziarahi seorang kawan aku yang lagi seorang. Dari jauh bersama si suami dan anak niatnya untuk melihat si kecil yang baru lahir milik kawan aku. Tapi sayangnya, menurut kawan lama aku, dia, suami dan anak cuma disambut dan dilayan di luar pagar sahaja dengan keadaan pagar tertutup tanpa dipelawa masuk apatah lagi dijamu dengan sedikit air dan makanan. Alasannya, rumah dia sedang dalam proses pembaikpulihan kerana dibocori air. Tetapi menurut kawan aku seperti rumahnya biasa-biasa sahaja. Tidak nampak seperti sedang dibaiki atau apa. Malahan dia tidak diberi kesempatan pun untuk melihat bayi kecil itu sedangkan niat asalnya begitu. Oh, itu menurut cerita kawan lama aku. Betul atau tidak aku sendiri tidak pasti.

Sekiranya alasan yang diberikan oleh kawan aku itu betul bahawa rumahnya memang sedang dalam pembaikpulihan, ya tidak mengapalah. Mungkin bagi dia, agak tidak sesuai untuk menjemput tetamu masuk. Atau mungkin dia mempunyai alasan lain yang tersendiri  untuk berbuat begitu? Dan sekiranya alasan kerana tidak memberi kesempatan atau membenarkan kawan lama aku untuk berjumpa bayi kawan aku itu kerana bayinya tidur, mungkin boleh diterima pakai juga. Mungkin… Kebenarannya hanya mereka-mereka yang terlibat sahaja tahu dan semestinya Allah SWT itu Maha Mengetahui…

Tetapi menurut logik akal aku, seteruk mana pun keadaan rumah kita, agak tidak sopan sekiranya kita membiarkan dan mengabaikan tetamu kita apatah lagi si tetamu itu datang dari jauh. Biarkan sahaja kalau si tetamu ingin berkata apa tentang keadaan rumah kita asalkan kita sebagai tuan rumah sudah melakukan yang terbaik dan selayaknya dalam adab menyambut tetamu. 

Teringat akan kata-kata dari bunda tercinta, katanya ‘walau macam mana sekalipun hidup ini, biar orang lain yang berbuat jahat pada kita, jangan kita yang berbuat jahat pada orang’…. Dan aku  juga mencuba sedaya upaya untuk berpegang pada kata-kata tersebut, tetapi kadang-kadang tersasar juga.

Tetapi sekiranya perkara yang berlaku ini adalah disebabkan oleh kesilapan dan pergolakan masa lampau, macam mana?

Ya, aku tahu pergolakan yang berlaku antara mereka berdua. Dan aku berada di tengah-tengah. Tapi bagi aku perkara yang sudah lama berlalu kenapa ingin diungkitkan lagi? Kenapa tidak melupakan? Kenapa tidak memaafkan? Aku sendiri sudah melupakan. Aku sendiri sudah memaafkan. Dan itu pergolakan di antara kau berdua. Tetapi, kenapa sehingga melibatkan suami dan anak-anak? Mereka tidak bersalah. 

Sungguh aku tidak faham akan perangai manusia. Kata orang, sebagai manusia kita tidak sepatutnya menghakimi dan menghukum seorang yang lain walau macam mana teruk pun seseorang  itu kerana semua manusia itu sama sahaja. Punya kekurangan dan kelemahan. Aku juga cuba untuk berbuat begitu dan kadang-kadang juga aku kalah. 

Nota kecil si gadis : Hidup jangan pernah berbusuk hati. Lupakan sengketa dan mulakan hidup dengan memaafkan…. Barulah hidup sentiasa tenang dan diberkati. Mampukah aku untuk juga berbuat demikian?

2 comments:

emieysandra said...

pernah dikhianati oleh kwn baik sndiri..berkali-kali, kemudian die berlagak biasa..lagi sakit~

^ai-mie : 아이-미^ said...

kan? manusia... unexpected~