Thursday, 5 May 2011

:kenapa dia tak pernah sentuh aku?:


ini kisah sahabat aku...

lagi beberapa hari je majlis perkahwinan aku... tapi aku sendiri tak pasti dengan hati aku. kau tengoklah macam mana persiapan majlis aku... semuanya kucar-kacir... semuanya berantakan... apa yang aku patut buat?

sabar jelah kawan... mungkin ni dugaan untuk kau... terima dengan hati terbuka... masih punya masa untuk memperbetulkan... aku sentiasa ada untuk membantu kau...

entahla kawan... kadang-kadang aku rasa macam nak membatalkan semua ni dan lari ke suatu tempat yang tiada orang tahu... aku sendiri keliru... adakah dia betul-betul sayangkan aku? aku tak pasti tentang itu...

apa yang membuatkan kau berfikiran begitu? kau sudah menerima lamaran dia dan bersetuju untuk bertunang dengan dia dahulu. kenapa sekarang mula rasa curiga? dia tak pernah memaksa kau untuk terima dia bukan? dan aku tengok dia sepertinya seorang lelaki yang baik. kekurangan? mungkin dia anak mak je... tapi aku tak rasa tu satu keburukan...

mungkin kau akan ketawa mendengarkan ini tapi, kau tahu? sepanjang perkenalan aku dan dia sampailah sekarang menjelang perkahwinan aku dengan dia, dia tak pernah pun sentuh aku waima pegang tangan sekali pun... aku pelik... tak bernafsu ke dia pada perempuan?

ya Allah... apa yang dah merasuk kepala otak kau ni kawan? kalau begitu dialah lelaki terbaik yang pernah aku jumpa dan kau tak patut membatalkan semua ini. kau tahu berapa ramai lelaki dekat luar sana yang hanya tahu mempermainkan maruah perempuan? aku sendiri mendambakan lelaki seperti itu kawan. lelaki yang pandai menjaga maruah orang yang dia sayang kerana dia tahu dia masih tidak punya hak untuk itu. dia buat tu semua sebab dia sayangkan kau. dia masih berpegang pada ajaran agama. dia masih tahu batasan-batasan dia sesama yang bukan muhrim... kau sangat bertuah kawan. sangat-sangat bertuah.

mungkin...

sudahlah kawan... jangan diikutkan sangat nafsu kau yang tak menentu itu... kelak badan binasa... banyakkan berdoa.. aku yakin dia yang terbaik untuk kau...

selang beberapa bulan setelah berkahwin...

kawan, terima kasih atas nasihat kau dulu. aku bahagia sekarang. sememangnya dia lelaki terbaik untuk aku. dia selalu membimbing aku di jalan kebenaran dan sentiasa ada untuk aku di saat aku kesusahan... sungguh, aku bahagia...

Alhamdulillah... aku tumpang bahagia untuk kau kawan. kan aku dah cakap dekat kau dulu... cuba kalau kau batalkan majlis kau dulu, mesti kau menyesal bukan? Kawan, aku cemburu dengan kau. sungguh... doakan aku supaya mendapat calon suami yang soleh juga... (ketawa)

Nota kecil si gadis : Ramai manusia sekarang lebih mendambakan cinta yang tidak berlandaskan agama berbanding cinta yang suci. Kononnya kalau bercinta dengan cara berpelukan dan berpegangan tangan lebih menunjukkan si dia lebih menyayangi kita. Konon. Kalau begitulah cara kau berfikiran, sungguh kau seorang manusia yang rugi. 

Apa lagi yang tinggal setelah berkahwin sekiranya sebelum berkahwin, si jejaka sudah mengetahui segalanya tentang kau? 
1). Dah tahu rambut kau macam mana sebabnya masa couple, 'sayang, abang tak pernah tengok rambut sayang macam mana. sayang ni memanjang je bertudung... tak rimas ke? sekali-sekala keluar dengan abang, bukaklah tudung tu. barulah lebih cantik dan up-to-date' ataupun 'sayang, bagila gambar sayang tak pakai tudung... abang nak sangat tengok rambut sayang macam mana'.... dan perempuan ni pulak atas dasar sayang konon, mengikut je kehendak si jejaka...
2). Dah tahu lekuk tubuh kau macam mana sebabnya masa couple, 'sayang, nak peluk sikit... rindula...'

Cuba kau fikir, nanti lepas dah kahwin, adakah si jejaka akan merasa excited dan surprise lagi ke setelah mengetahui segalanya tentang kau. Itu pun kalau si jejaka merangkap incik boyfie tersebut akhirnya berkahwin dengan kau. kalau tak? tak ke kau sudah rugi disitu... 

Alangkah bahagianya jika ketika malam pertama incik suami menyebut, 'wah... cantiknya rambut isteri abang... bertuah abang kerana hanya abang seorang je yang dapat melihat dan menikmati kecantikan isteri abang ni... ataupun... 'tak sangka isteri abang memiliki bentuk badan yang cantik begini... bertuah abang kerana badan isteri abang yang cantik ini milik abang seorang...'

Pilihan di tangan korang untuk memilih jalan yang mana satu. Semoga lebih ramai kaum perempuan di luar sana tersedar akan kelekaan mereka. Sedangkan lelaki jahat dan nakal pun lebih memilih perempuan baik untuk dijadikan isteri (ini berdasarkan pengalaman). Untuk kaum lelaki juga... belajarlah untuk menghormati maruah perempuan...

psstt : penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemikiran aku. perbetulkan aku sekiranya ada perkataan atau ayat yang melencong atau tersasar dari fakta kehidupan. Aku cumalah insan biasa...

4 comments:

hana said...

erm..
betol...
saye berharap agar diri ni sentiasa terpelihara....
=D

dillaazman said...

ok. sangat menarik. wah, lebih kurang wa la jugak. wa tak suke betol org pegang wa. hahah!

^ai-mie : 아이-미^ said...

@hana : sama-samalah kita berdoa... Amin...

^ai-mie : 아이-미^ said...

@dillaazman : baguslah macam tu... semoga terus begitu~