Monday, 2 May 2011

:duit aku bukan duit kau - part 1:


namja : sayang dah makan? abang belum makan lagi ni. laparlah... jom pegi makan? tapi kali ni sayang belanja boleh? abang dah sengkek dah bulan ni. duit dah banyak habis buat assignment and projek untuk last semester... bolehkan?

yoja : tapi bang, sayang pun tengah kering jugak ni. kita kan sama-sama tengah buat assignment dengan projek last sem.. kalau abang takde duit, sayang pun takde duit jugak...

namja : ala, mesti sayang ada jugak sikit-sikitkan? abang dah seharian tak makan ni. lapar sangat-sangat... sayang sayangkan abang kan? jomla... anti sayang mintakla duit ngan parents sayang lagi eh...

siapa yang pernah alami situasi ni angkat tangan?.... ni adalah kisah berdasarkan pengalaman aku masa zaman belajar dulu. dia merupakan teman lelaki aku yang kedua selepas sabahan. dan dia juga merupakan rakan sekelas aku. bila fikir-fikir balik, aku sendiri pun macam tak pasti macam mana aku boleh tercouple dengan dia dulu. dan rasanya antara kenangan pahit dan manis, kebanyakan yang ada dalam kamus per'couple'an kitorang adalah kenangan pahit. bagi akulah seorang perempuan. 

pernah tak korang couple dan menjadi penanggung bertauliah buat boypren korang tu? siyesly aku tak sangka pun benda ni akan berlaku dalam kamus hidup aku and siyesly aku pun tak berapa perasan sangat time tu sehinggalah, aku ngan dia putus. ni pun kawan-kawan aku merangkap kawan-kawan dia yang bagitau aku. al-maklumlah sekelas . dorang cakap aku bodoh... ok, fine! i admit that. quite damn stupid of coz. sama-sama belajar... sama-sama ambil course yang sama yang sememangnya definitely pakai duit yang banyak. tapi time tu, konon sebab sayanglah kan. sampai sanggup bergadai segala semata-mata  nak menanggung dia. tapi bukan gadai maruah, ok!

you know, aku hanyalah anak seorang petani. orang kampung... and incik boyfie adalah seorang anak cikgu. ke dua-dua parents dia cikgu ek? forgot already... but, korang fikirlah sendiri, antara anak petani and anak pekerja kerajaan, sape yang paling hidup senang? hidup aku and family cukup-cukup makan je. aku dahlah duduk merantau jauh dari keluarga. dapat balik kampung pun hanya setahun sekali sebab nak jimat duit punya pasal. dan sebab nak menanggung dia, aku selalu je kena marah dengan parents aku sebab asyik mintak duit. you know kan betapa susahnya parents aku nak mencari duit? tapi takdela aku cakap takde duit kat parents aku sebab nak menanggung anak orang. kadang-kadang sampai aku terpaksa korek tabung sendiri tau. ok, masa tu memang childish tak boleh fikir sangat.

then, i started to realize the differents of him masa kitorang duk jauh. time tu kitorang praktikal. aku dekat kajang, dia dekat johor. mula-mula dah nampak dia macam lain. jarang-jarang je kontek. alasan busy. takpun takde kredit. ok, time tu atas alasan aku sayang dia lah konon, selalu je aku topupkan dia bila dia takde kedit. tapi korang tahu apa yang dia buat? even though aku dah bersusah payah topupkan dia, haramlah dia nak tepon or mesej aku. sampailah dah lame-lame i decided to break-up. 

habis praktikal, aku terus jumpa dia and mintak putus. and you know macam mana reaksi dia? he just smile... damn! and just then i realized how stupid i am... but still, break-up is the best way to do... i'm free!!! 

moral of the story : toksahla percaya sangat dengan lelaki. couple je pun... tak bawa kemana... apa kes sampai menangggung bagai~ tu bodoh namanya tu... kepada girlz out there, tolonglah berhati-hati memilih pasangan. manusia ni bermacam-macam ragam... even though classmate sendiri pun takley nak percaya tahu? tolonglah jangan jadi macam aku... i learnt from my mistake... so, pasni kalau ade lagi lelaki yang manja-manja nak korek duit dengan aku, hwaktui! jangan harap ok~ aku bukan lagi perempuan dulu yang senang diperlekehkan... harap benda alah ni boleh jadi pengajaran buat sesetengah perempuan di luar sana yang terlalu taksub dengan cinta sampai lupa akan logik akal... sekian~

psstt : dialog di atas adalah rekaan semata-mata...  
 

No comments: