Monday, 9 May 2011

:badan kau nampak berisi, sudah berpunyakah?:


Namja : Badan kau nampak berisi skit sekarang ni. Kau kapel dengan sape sekarang?
Yoja : Apehal? Bile mase plak aku kapel-kapel ni…

Ketawa~ apa ayat yang sesuai patut aku katakan di sini ya? Skeptical? Sungguh lucu dengan spekulasi-spekulasi manusia terhadap pandangan mata mereka. Kadang-kadang tidak logik masuk akal juga. Dan aku? Layankan sahaja~ dah namanya manusia…

Apa dengan berkapel sahajakah berat badan seseorang boleh naik dengan mendadaknya? Kalau begitu mesti semua orang kurus berebut-rebut ingin berkapel kononnya dengan alasan ingin menaikkan berat badan mereka. Mengarut~

Berat badan aku naik ke? Badan aku sedikit berisi ke? Pelik~ sejak bila berat badan aku menurun? Rasanya sejak beberapa bulan lepas, badan aku kekal sahaja begini… tiada naik turunnya. Yelah, mungkin pandangan orang lain berbeza. Manakan kita nak perasan sangat perubahan di badan sendiri bukan?

Kalau dah badan aku nampak sedikit berisi, baguslah. Sekurang-kurangnya menampakkan bahawa kehidupan aku berada di tahap positif. Tenang, aman, bahagia~ Ahh… aku senang dengan itu. Setiap hari menghabiskan sisa kehidupan aku dengan bergelak ketawa walaupun ada sahaja insan sekeliling yang mencemuh. Apa aku peduli dengan pandangan manusia? Yang penting kehidupan aku diteruskan tanpa menyusahkan kehidupan orang lain. Dan ya, aku bahagia~

Nota kecil si gadis : korang ni kelakar la geng. Badan aku naik pun korang kecoh-kecoh. Bab-bab perkapelan ni belum termasuk lagi dalam kamus hidup aku la… ilek-ilek suda… anti bile dah jumpa yang sesuai, aku nikah je terus. Takyah banyak citer… kang senang macam tu… muahaha… macam ada je orang yang nak dekat aku…

No comments: