Tuesday, 31 May 2011

:kau kacak tapi....:


kau kacak...
muka kau bersih...
macho...
jambu...
sedap mata memandang...
badan kau tegap...
ada six pack gitu...
memang jadi dambaan setiap wanita...
selayaknya kau menjadi pelindung...
tapi sayang...
kenapa kau berjiwa songsang?

Nota kecil si gadis : sekarang, sana sini selalu terdengar cerita-cerita tentang lelaki songsang... sayang seribu kali sayang... semoga mereka kembali ke jalan yang benar... Amin...

Monday, 30 May 2011

:perang sudah tamat - malique ft rabbani:


The world now lives in fear.
We are afraid of everything.

Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umut manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar
Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar
Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar
Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta
Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar
Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang dah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan
Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra’
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza
Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita ada akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical – tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

War must therefore be made illegal

Nota kecil si gadis : sebuah lagu yang mempunyai maksud yang cukup mendalam. betapa semuanya hanya tipu helah semata. semoga semuanya akan baik-baik saja~

Saturday, 28 May 2011

:konsert percuma Suju M?:


konsert percuma suju M, hari ni kan? sempena hari belia... 

actually masa mula-mula tahu dulu planningnya macam nak pergi jugak. siap bincang bagai dengan cousin and adik sume. tapi last-last setelah difikir-fikirkan, tak jadi pergi... sebabnya?

- yang utama... memanglah free tapi kita je yang pergi tak payah bayar. yang membooking suju M tu lah yang sibuk membayar yang entah duit datang dari mana je tak tahu lah kan. kalau dibuatnya ada sedikit sebanyak duit rakyat? aku tak nak... aku lebih rela kumpul duit aku dan habiskan beratus-ratus untuk beli tiket ok! eh, aku pun peminat setia suju jugak ape... oh eunhyuk.... apakah? (kesian... macam tak laku je artis Malaysia semata-mata nak tarik sejuta belia...)

- lagi satu sebab aku banyak gila kerja dekat office. mahu sakit jiwa kalau aku tinggalkan kerja aku ni sume... tapi kalau betul-betul ada konsert suju berbayar, aku rasa aku dengan selamba badak je pergi kot... ada aku kisah?

- lagi satu sebab minggu lepas dah turun KL... takkan minggu ni nak turun KL lagi? minggu depan nak cuti lagi sebab ada wedding dan aku adalah pengapitnya... waa~ so nervous you... pertama kali dalam hidup kot di suruh jadi pengapit... 

tapi selamatlah pada cousin aku sebab pergi tengok suju M... memang dasar ELF yang setia... walaupun aku jealous jugak sebenarnya sebab tak dapat pergi, tapi sabar... tunggu tahun depan ok... tunggu konsert SMTown... mesti best dapat jumpa semua family SM... can't wait~

Nota kecil si gadis : me, half ELF and fully VVIP... big bang is the number one~

:tiada lagi ceritera kau:


Kan aku dah cakap….
Ceritera engkau sudah pun tamat….
Tak usahlah kau mencari….
Apa saja berkaitan kau, aku simpan rapat-rapat….
Sekarang,
Aku sudah tidak kisah….
Aku sudah tidak peduli…
Aku sudah lali….
Tenang sendiri….
Senyum~

Friday, 27 May 2011

:kau, aku minta maaf:


saat ni...
sekarang ni...
aku rasa macam nak jerit kuat-kuat... " kauuuuu!!! aku mintak maaf!!! sumpah aku tak sengaja!!!"

seriously, aku rasa sangat-sangat bersalah. entah macam mana, tiba-tiba... "dang!!!" alamak, aku terlanggar side mirror kereta orangla pulak... damn!

semuanya macam mimpi ngeri je aku rasa. 
sekelip mata.
hujan mula turun renyai-renyai...
jalan mula dipenuhi dengan kereta...
aku yang beroda dua ni sedaya upaya menyelit ditengah-tengah kesesakan. serious, aku dah bawak motor aku secermat mungkin, tapi....
tidakkkkk!!!!

yang sadisnya, aku tak tahu aku langgar kereta siapa.... kereta apa.... kereta warna apa.... semuanya sekelip mata. yang pasti, bila aku sedar aku telah terlanggar side mirror kereta tu, mulut aku hanya sempat jerit sorry sekuat hati. oh, itu tindakan reflek luar sedar. lepas tu, aku tekup mulut aku! damn! tangan kanan masih lagi setia pulas minyak. kerja gila namanya kalau tiba-tiba aku berhenti sebab nak mintak maaf apa lagi di tengah-tengah kesesakan macam tu. tapi, disebabkan aku tak berhenti tadi, perasaan bersalah terus menjalar ke dalam diri aku ni. dan, aku rasa macam nak menangis sebab perasaan bersalah tu.

mesti side mirror tu rosak teruk sebab aku dengar bunyi hentakan yang sangat kuat masa terlanggar tadi. aih... rasa macam dah buat kesalahan langgar lari la pulak....

kau, sungguh aku mintak maaf. walaupun aku tak berkesempatan cakap dengan kau depan-depan, aku harap sangat kau dapat maafkan aku... mesti dah berbakul-bakul caci maki aku dapat sebab dah langgar side mirror kau tadikan? takpe, aku tak kisah sebab aku yang salah.

me, lost.... apa yang patut aku buat?

:bila aku...:


bila aku diam,
kau bermaharajalela...
bila aku senyap,
kau pijak kepala...
awas!
diam dan senyap aku ada hadnya...
jangan sampai suatu masa,
aku mula menyinga..

Thursday, 26 May 2011

:tabah:


Secara jujurnya aku rasa seperti ingin menangis je sekarang ni. Memegang jawatan sebagai Assistant Coordinator cum draughtsman bukanlah satu kerja yang mudah. Banyak benda yang perlu aku lakukan. Banyak benda yang perlu aku monitor. Dan waktu bekerja 11 jam sehari sememangnya tidak mencukupi buat aku.

Bila aku rasa aku sudah berjaya menyiapkan kerja-kerja yang sepatutnya, selepas itu pasti ada sahaja kerja-kerja baru yang menyusul. Memang tak pernah surut. Kadang-kadang penat dan melelahkan tapi semua tu terpaksa juga ditempuhi demi sebuah tanggungjawab.

Ya, aku punya pembantu aku sendiri. Draughtsman baru yang mula bekerja awal bulan lepas. Seorang pekerja yang betul-betul menguji kesabaran aku. Kalau ikutkan amarah aku pasti sudah tunggang-langgang jabatan aku, aku kerjakan. Mengenangkan sikap profesionalisma yang perlu ada dan aku perlu terapkan dalam diri aku, aku cuba kawal semua tu. Nasiblah badan….

Budak-budak sekarang memang manja-manja ke?
Semuanya perlu disuap?
Malasnya mahu bertanya?
Malasnya mahu memberitahu?
Kalau sentiasa begini, bila mahu maju?
Damn!

Itu belum lagi dicampurkan dengan dugaan mendengar suara-suara sumbang salesman-salesman yang sentiasa buat silap tetapi menyalahkan pihak aku? Suara ketua-ketua jabatan yang selalu menyalahkan pihak aku bila barang yang dibuat selalu salah dan direject? Suara budak-budak QA yang selalu mengomen drawing kami salah disebabkan barang yang dibuat di bahagian production tidak sama dengan drawing? Ya, semuanya salah budak engineering…. Tak pernah pun korang semua salah walaupun kadang-kadang sudah terang lagi bersuluh kesalahan siapa sebenarnya…. Kadang-kadang geram dan rasa macam nak cekik-cekik je manusia-manusia macam tu…. Aish…. 

Dugaan….

Semoga Allah memberikan aku kesabaran dalam menghadapi manusia-manusia sebegitu. Dan semoga aku sentiasa tabah menghadapi hari-hari mendatang…. Amin….

Wednesday, 25 May 2011

:pergaduhan yang sia-sia:


bila perempuan bergaduh sesama perempuan hanya kerana seorang lelaki...
lelaki yang bukan muhrim lagi terutamanya...
bodoh!
hanya itu perkataan yang sesuai kali...

kau siapa?
dia siapa?
apa hak kau dan kau untuk berebutkan dia?
melainkan dia sah hak kau, aku kira memang patut kau pertahankan...
tapi kalau dia bukan hak kau dan kau?
ah, kau dan kau memang bodoh!

sememangnya satu perkara yang sia-sia...
malah mendatangkan dosa sahaja buat diri sendiri...
damn!

Tuesday, 24 May 2011

:tenang:


Sebaik sahaja aku keluar daripada kereta itu, telinga aku tenang….
Tenang daripada rungutan….
Tenang daripada aduan….
Tenang daripada rengusan….
Tenang daripada kata-kata….

Friday, 20 May 2011

:aku, kau dan dia:

"selalunya, orang yang minat kita adalah orang yang kita kurang minat dan orang yang kita minat adalah orang yang langsung tak pandang kita."

terbaca ayat di atas di blog seseorang. penulisan dia yang selalunya memang mengagumkan aku. dan ya, aku bersetuju dengan kata-kata di atas kerana aku pernah melaluinya. dan aku kira aku masih sedang melaluinya. 

orang yang minat kita adalah orang yang kita kurang minat...

dalam kamus hidup aku pula, orang yang minat aku selalunya aku langsung tidak berminat. walau apa cara sekalipun yang dia tunjukkan bahawa dia sukakan aku malah walau bagaimana romantik atau baik sekalipun ayat yang diberikan, aku tetap tidak berminat. malah aku merasa sangat rimas. sungguh... aku sendiri tidak tahu mengapa... boleh dikira rasanya berapa banyak sahaja lelaki yang minat aku, aku terima perasaannya. dan tidak terkira rasanya, berapa banyak lelaki yang minat aku, sudah aku lukakan. maaf untuk itu... aku memang tidak boleh untuk memaksa hati aku ini.

orang yang kita minat adalah orang yang langsung tidak pandang kita...

perkara yang selalu sahaja terjadi pada diri aku. sampailah suatu masa, aku sedar aku bukan siapa-siapa yang layak untuk sukakan seseorang...

pernah sewaktu zaman persekolahan dulu... masa aku baru sahaja menjejakkan kaki ke sekolah menengah, aku telah terminat pada seorang murid lelaki yang sekelas dengan aku. aku tak tahu apa yang ada pada dia yang membuatkan aku sukakan dia. aku cuma suka. al-maklumlah masa tu umur baru setahun jagung. apalah yang aku tahu sangat tentang hati dan perasaan. dan ya, dia sangat comel dan kacak? aku? cuma perempuan biasa yang tak punya apa-apa. masakan dia mahu memandang perempuan seperti aku? tapi saat bertemu dengan dia di saat akhir dia bersekolah di situ merupakan memori yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. masih teringat gambar terakhir aku dengan dia. dan sehingga sekarang nama penuh dia masih tersemat dalam kepala aku. di manakah dia sekarang agaknya? bagaimanakah kehidupan dia? sudah berkahwin dan punya cahaya matakah? salah satu doa aku, semoga aku diberikan kesempatan untuk masih bertemu dengan dia walaupun sudah bertahun-tahun lamanya aku dan dia terpisah.

ini pula kisah sewaktu aku menyambung pengajian aku di tingkatan enam. majlis suai kenal pada awal pengajian telah menemukan aku dengan dia apabila aku telah dipanggil oleh dia untuk didenda. kenapa? aku sendiri kurang pasti. yang pasti, saat aku mula terpandang wajah dia, aku terjatuh suka pada dia. aku suka tengok mata dia. terang dan bersih... paling membuatkan aku tak keruan adalah bila jantung aku akan berdegup kencang bila masa sahaja dia berada berdekatan dengan aku walaupun aku tidak nampak pun kelibat dia sebenarnya. aku cuma tahu, bila jantung aku mula tak keruan, itu tandanya dia berada berdekatan dan mata aku akan mula melilau mencari kelibat dia. dan memang, dia ada....

tapi sayang... dia sukakan kawan sekelas aku. dan itu membuatkan aku sedih... teramat-amat sedih. rasa sakit itu sama seperti rasa sakitnya ketika putus cinta. ah, dah nama pun bertepuk sebelah tangan. pastilah ianya menyakitkan... pernah ke bila cinta tidak berbalas itu membahagiakan? bergantung pada tuan empunya diri mungkin... tapi walaupun aku tahu dia sukakan perempuan lain, tapi kenapa jantung aku tetap jadi tak keruan apabila dia ada dekat? menyeksakan... tapi tempoh untuk aku bersama dengan dia juga tidak lama apabila aku akhirnya terpaksa berhenti dari tingkatan enam bawah demi menyambung pengajian aku di Politeknik. sampai sekarang, aku tidak tahu perkhabaran dia. ada juga bertanyakan pada kawan-kawan tapi mereka juga kurang pasti.

perasaan ni kadang-kadang sangat rumit untuk dimengertikan. bila difikir-fikirkan balik, rasanya aku belum pernah betul-betul merasa jatuh cinta. bagaimana rasanya ya? ya, aku telah berkapel dengan ramai lelaki sebelum ini tapi bercinta? 

sampai ke saat sekarang ni, aku masih mencari dan menunggu cinta itu. berkapel? sudahlah. aku malas untuk itu. penat dan melelahkan. biar sahaja masa yang menentukan semuanya.... manusiakan sememangnya diciptakan berpasang-pasangan. cuma lambat atau cepat sahaja bukan?

Nota kecil si gadis : akan berpergian selama beberapa hari. ada jemputan kahwin seorang rakan sewaktu di politeknik dulu. oleh itu, blog ini juga akan kosong tanpa sebarang penulisan selama beberapa hari. haha... nota kecil sepertinya ada saja insan yang sudi untuk membaca penulisan merapu aku disini... ketawa~

Wednesday, 18 May 2011

:bangkitlah duhai manusia:



Manusia…
Kenapa kau selalu mengadu dan mencemuh?
Mengesak tangis dengan ujian dan dugaan…
Kau tahu kenapa kau begitu?
Kerana kau sendiri yang menjauh dariNya…
Dan salah siapakah itu?
Hey, semestinya salah diri kau sendiri!
Siapa kau untuk menyalahkan orang lain?
Siapa kau untuk menyalahkan sang Pencipta?
Semuanya salah kau!
Ya, kau yang terperosok di penjuru sana…
Kau kata mahu berubah…
Kau kata mahu menjadi baik…
Kau kata mahu menyenangkan…
Tapi adakah kau membumikan kata-kata kau itu?
Apa kau fikir dengan hanya berkata-kata semuanya akan berubah?
Huh, kau memang bodoh jika berfikir begitu…
Tiada guna kau menangis berhabis air mata…
Tiada guna menulis segala…
Apa yang perlu kau buat?
Bangunlah duhai manusia!
Dekatkanlah diri denganNya…
Sedarkah kau akan segala kecuaian dan kelalaian kau selama ini?
Bermuhasabahlah…
Carilah kekuatan untuk berperang dengan diri kau sendiri…
Berperang merubah ke kebaikan…
Usah dipandang pada manusia lain…
Dan usah ditunggu sehingga seru mendatang…
Kerana sesungguhnya kau hanya membazirkan waktu kau dengan menunggu…
Dan sesungguhnya maut itu tidak pernah menunggu... 
Dan siksa akhirat itu teramatlah menyakitkan...

Nota kecil si gadis : ini adalah kata-kata yang melebih untuk diri sendiri. aku ingin berubah...

Tuesday, 17 May 2011

:indahnya ciptaan Tuhan:

seperti biasa pulang ke rumah dari mencari rezeki menjelang malamnya. sewaktu dalam perjalanan pulang tadi, ternampak satu ciptaan Tuhan yang sangat indah sekali. terpegun seketika melihat keindahan itu. malam ini, bulan kelihatan sangat bulat, besar, terang dan cantik. sungguh, cantik sekali. Subhanallah... sungguh hebat bukan? tak percaya? cubalah keluar menjenguk ke langit malam ini... cantik bukan?

^credit to uncle google : walaupun ini bukan bulan yang aku lihat pada malam ini, namun ia tetap cantik, bukan?^

Monday, 16 May 2011

:senyuman itu:

 

Dia selalu senyum dekat aku…
Tak pernah sekalipun bila dia terserempak dengan aku, dia tidak senyum….
Sejak dari awal aku kenal dia lagi…
Aku suka bila dia senyum…
Wajah dia tenang…
Senyuman dia ikhlas…
Tapi, dia adalah suami seseorang…
Tidak mengapa…
Kerana aku hanya menganggap dia seorang abang…
Dan sekurang-kurangnya senyuman dia membuatkan aku lega…
Lega kerana masih ada insan yang memandang lurus pada aku…
Bukan mencemuh…
Itu sudah mencukupi…
Senyum sahaja dan tak perlu berkata apa~