Monday, 25 April 2011

:sekeping kiriman sms dari seorang teman:


"hurm... just nak cakap plus tanya... aku ada buat kau makan hati, sakit hati, tak puas hati dan lain-lain ke? atau kau nak aku jauhkan diri dari kau? atau kau dah tak suka nak berkawan dengan aku? truly aku rasa persahabatan kita ni macam dah tak sihat dah... kadang benda kecik pun jadi masam muka... ajak spend time together pun susah. tak macam dulu. kalau cara aku berkawan agak kurang selesa bagi kau, maaf la ok. niat cuma nak berkawan dengan ikhlas je. ada masa susah dan senang. bukan ambil kesempatan atau buat ada-ada je..."

sekeping kiriman sms dari seorang teman. setelah sekian lama akhirnya kau sedar teman? jangan bimbang... aku biasa-biasa saja. aku masih sayangkan kau. aku sudah terlalu tua untuk beremosi tentang ini. aku tak tahu nak bagi jawapan apa dekat kau. biar aku fikirkan terlebih dulu. fikirkan ayat yang terbaik buat kau supaya tiada siapa yang akan teremosi nanti...

psstt : maaf kawan kerana mengabaikan mesej kau setelah bertanya. aku tidak berapa sihat kebelakangan ini. dan kepala aku ni tak mampu untuk mencerna masalah sebetulnya... wee~

3 comments:

✿❤Cik Izan❤✿ said...

hai...salam kenal...^__^
nice blog...suka baca entry dlm blog nih...

sizuka[Izzati] said...

semoga persahabatan anda kukuh kembali.biasalah ada pahit manis berkawan kan.semoga cepat sihat :)

^ai-mie : 아이-미^ said...

@cik izan : terima kasih sebab sudi baca blog yg tak seberapa ni...

@sizuka : harap macam tu juga... terima kasih...