Friday, 29 April 2011

:permulaan tanggungjawab baru:


hari ni hari Jumaat. salam Jumaat semua.. kepada kaum Adam, jangan lupa menunaikan tanggungjawab anda ok. anda macho kalau anda pergi sembahyang sunat Jumaat. and i really like it...

ok.. hari ni secara rasminya aku punya engineering co-ordinator bercuti sebabnya beliau akan memberanakkan baby yang kat dalam perut dia bila-bila masa je dari sekarang... dan disebabkan itu, hari ni juga secara rasminya aku akan memikul tanggungjawab beliau sebagai assistant. one question untuk diri aku sendiri... 'mampukah aku?'...

dengan keadaan aku yang tak menghala sekarang ni, aku sendiri tak tahu boleh pikul tanggungjawab tu ke tak. bercampur lagi dengan keadaan sekeliling yang selalu menekan aku? well... aku ni dahla hot temper... kalau orang hot ngan aku, mesti aku nak hot-hot balik... aku bukan boleh kalau asyik ada orang nak blame team aku jerk... mesti nak lawan balik... tak kiralah dia tua ke muda ke... bos ke kuli ke... kalau bab kerja, sume tu aku tolak tepi. yang penting adil. kalau team aku salah, aku admit la kan, tapi kalau orang lain yang wat salah pastu team aku yang nak kena blame, memangla aku lawan...

waa... banyak benda yang nak kena aku belajar. semoga Allah mempermudahkan semuanya... kepada kawan-kawan, doakan aku supaya tabah hadapi cabaran baru ni...

psstt : sangat sedey sebab terpaksa cancel balik kg minggu ni gara-gara tiket bas da abeh.... uwaa... miss my mom...

No comments: