Tuesday, 19 April 2011

:perlu ke aku upah seseorang untuk menyamar?:

harini balik kerja awal. not in da mood untuk kerja sangat. apakah aku terasa dengan perbuatan kawan aku tadi? mungkin... adalah sikit-sikit... baru je bajet nak buat cool tapi moody jugak. hampeh! lagipun kerja dah banyak siap. simpan untuk sambung besok...

tetiba kawan aku yang lelaki ni mesej aku :

"mi, ko marah aku ke, sorry la mi eh..."

aku? malas nak reply. biarkan saje. i'll be fine tomorrow... aku ni jenis cepat marah and cepat cool... so, wat bodo suda... tapi aku tak marah, cuma aku bengang. aku terasa. aku rasa tersisih sebagai seorang kawan. well, what to do, aku tahu aku bukan seorang kawan yang baik. aku cepat marah... aku mulut laser... aku jenis tak amek kesah... maybe i deserve that treat... ahhh.... molla!!!

tapi kalau dibandingkan dengan kawan yang lelaki ni, aku rasa aku lebih terasa dengan kawan perempuan aku ni. sebabnya dari cara dia, dia agak melebihkan kawan-kawan lelaki ni daripada aku. kadang-kadang sampai sisihkan aku. dah banyak kali jugak... dorang selalu buat planning nak kuar tanpa melibatkan aku. pastu bercerita tentang kegembiraan trip dorang depan aku... ketawa bercerita dan aku kat tengah-tengah macam orang bodoh. kalau korang, apa agaknya perasaan korang ekh?

malasla nak fikir sangat. sebab tu aku lebih suka sensorang sekarang nih....

eh, baru sedar macam dah terlari topik pulak... wee~ sebenarnya aku tengah tensen sebab sejak kebelakangan ni asyik terserempak dengan ex-boy aku jer. aku benci! betapa selama ni aku berusaha untuk lari dari pandangan dia. tapi tak dapat jugak. ye aku tahu pasir gudang ni kecik jer. pusing macam mana pun anti last-last jumpa jugak... tapi kalau boleh biarla tak terserempak. aku benci... aku menyampah... aku jijik... kalau boleh aku taknak dia tahu yang aku masih lagi single and i don't even have boyfren... ottoke?

perlu ke aku upah seseorang untuk berlakon jadi boypren aku? muahaha... dasar pathetic... budak LC merah, boleh tak kau tolong aku.... wuuu~ dah lama aku tak jumpa kau ekh?


psstt : if only i could ran away... terserempak dengan ex-boy aku rasa macam mimpi ngeri... hidup pun rasa macam tak tenang... terfikir betapa bodohnya aku dulu~

2 comments:

alinac lover said...

err..kalo yong pon seboleh2 xnk jumpa boy lama..pangkah habis!

^ai-mie : 아이-미^ said...

tulah... kalau boleh kite pun same... siyes tak suke...