Sunday, 17 April 2011

:nak peluk jugakkk...:

semalam pergi jenjalan dengan kengkawan. niat asalnya nak temankan sorang kawan ni pi beli gitar. mula-mula pi Giant Plentong. tapi sebab gerak pun dah agak lewat, masa sampai giant, kedai dah pun tutup. last-last bincang punya bincang, mintak tolong adik aku je yang belikan sebab kebetulan adik aku nak datang rumah aku. then, kitorang terus pi makan sebab masing-masing dah kebulur.

bila perut dah kenyang, next plan.... entah.... masing-masing dah blur... tak tahu dah nak pi mana... kat JB ni bukan ada banyak sangat tempat nak jenjalan... taip kali kuar mesti gi makan-makan... tak pun pi pasar karat... tak pun pi karok... tu jelah selalunya. dah naik bosan dah. semalam just pusing-pusing bandor and then pi lepak Danga Bay... ramai jugakla orang. jalan-jalan area Danga sambil borak-borak...

al-kisahnyalah kan, tengah syok aku ngan kengkawan aku lepak kat satu port ni kan, tetiba ada satu kapel ni datang kat sebelah. dan yang menariknya dorang ni berpeluk-pelukan tanpa segan silunya macam pasangan orang dah kawen. and even if dorang dah kawen pun kan, apa hak dorang nak buat cenggitu? depan khalayak ramai lagi tu... tak malu ker? lau nak beromantik manja-manja balik umah ar der! tak pun gi sewa bilik sana. ni tak, nak jugak wat perangai tak senonoh depan orang. korang tak malu, tapi kitorang ni yang malula der!


kimia aku dah ajak kitorang blah. masa tu aku tengah duduk kat bawah lampu tu... aku ni kan minah laser... mana reti nak senyap.. masa nak bangun tu kan, aku hulur tangan aku kat kimia aku pastu aku cakap kuat-kuat, 'nak peluk jugak...' nak kasik pasangan kat sebelah aku ni dengar... dorang tengok je kat aku, tapi perangai tak ubah-ubah jugak. dasar manusia yang takde kemaluan....

aku memang sangat-sangat tidak faham dengan perangai manusia sekarang. betullah orang cakap eh, kita ni dah dekat nak kiamat. macam-macam petanda dah ada cuma manusia je yang masih belum sedar. tak nak cakap banyak-banyak sebab aku sendiri pun bukan baik sangat tapi aku cuba untuk terus perbaiki diri aku.

psstt : bila Malaysia dah macam negara omputih...

No comments: