Thursday, 21 April 2011

:incik ex-boyprenku yang pertama bakal mendirikan rumahtangga:


tinggal lagi dua minggu jer incik ex-boypren aku yang pertama bakal mendirikan rumahtangga dengan buah hati pengarang jantung beliau. planning ingat nak pergi jugak tapi bila dah roger-roger member-member, ada yang tak dapat pergi pulak. sebab aku takde geng nak pergi, rasanya aku pun tak pergi la kot. mesti incik ex-boypren terasa hati kalau aku tak pergi nanti... maaf la incik ex-boypren, bukan aku taknak pergi tapi... harap incik ex-boypren faham tentang situasi ex-girlprenmu ini yang masih tiada peneman untuk ke sana ke mari... apakah?

well, aku tak sedih pun walaupun dia merupakan ex-boypren aku yang pertama. cewah.. sebabnya, aku kapel dengan dia cuma selama tiga bulan jerk... huahuahua... dia seorang lelaki yang baik, hensem bergaya, banyak talent (budak skate, ada band sendiri, pandai nyanyi and suara besh, bijak berlajar)tapi... hati dan perasaan manala boleh dipaksakan. dan disebabkan aku telah memutuskan incik ex-boypren aku tu dengan keadaan yang agak keji sehingga membuatkan dia menangis sebab aku, so aku sangat-sangat bergembira kerana akhirnya dia telah menemui kebahagiaan dia. buah hati incik ex-boypren sekarang ni merupakan gadis yang kedua selepas aku. wee~

well, kisah aku dengan incik ex-boypren aku ni dah lama pun berlalu... adalah dalam lebih kurang 6-7 tahun yang lepas... kitorang kapel masa aku mula-mula jejakkan kaki aku ke politeknik. tulah pertama kalinya aku kenal erti kapel.. masa zaman sekolah dulu bukan takde orang yang nak tapi masa tu masih belum berminat untuk kapel-kapel ni. eh, tapikan aku pernah jatuh cinta pada dua jejaka masa zaman sekolah dulu... tapi cinta bertepuk sebelah tangan jer lah... aku sedar siapa aku ni~ wee~ merendah diri pulak... tapikan, dua jejaka yang aku terjatuh cinta nilah yang telah berjaya membuatkan jantung aku dugun dugun tiap kali terserempak. even ex2-boypren aku pun tak mampu buatkan aku rasa macam tu... pelik kan?

teringat masa mula-mula kapel ngan incik ex-boypren ni. masa tu dah dekat-dekat last semester satu. dekat dewan makan asrama, kitorang berborak berdua, then dia cakap dia suka aku and nak ajak kapel. aku on jer... tak fikir panjang sangat... bila ingat rasa macam klakar pulak. incik ex-boypren aku ni orang sabahan... so, even though kitorang kapel kitorang still cakap aku kau. agaknya sebab tu kot perasaan cinta tu tak bercambah dalam diri aku ni.  rasa macam kawan je. kitorang together-gether pun kejap je sebab time tu dah dekat dengan cuti sem. time cuti pun kitorang jarang-jarang contact each other sebab zaman tu masing-masing belum ada enpon lagi tak macam budak-budak sekarang sekolah rendah pun dah pakai enpon..

sebab dah jarang contact, aku decide untuk clash and berkawan je... so, bila naik je cuti sem aku terus jumpa incik ex-boypren nak cakap aku nak putus. masa tu jumpa incik ex-boypren kat depan rumah sewa. incik ex-boypren semangat nak jumpa aku sebab rindu tapi aku pulak sebaliknya. tapi gagahkan diri jugak bagitau dia hal sebenar. incik ex-boypren hampir menitiskan airmata bila dengar aku cakap macam tu. siyesly, tulah kali pertama aku buatkan lelaki menangis. and of coz aku rasa bersalah. aku bersalah kerana memutuskan beliau di tempat yang tidak strategik dengan kata-kata yang tak strategik... mungkin kerana aku masih mentah dalam dunia percintaan ni. tapikan, masa kitorang kapel dulu incik ex-boypren ada tuliskan dan nyanyikan aku sebuah lagu khas untuk aku. ada lagi aku simpan sampai sekarang. incik ex-boypren aku memang romantik orangnya. bertuah buah hati pengarang jantung beliau...

kepada incik ex-boypren, selamat menjadi bakal pengantin baru aku ucapkan. aku doakan semoga incik ex-bopren berbahagia ke akhir hayat bersama buah hati pengarang jantung walaupun aku tahu kadang-kadang incik ex-boypren selalu je perang dunia ketiga dengan buah hati. nanti dah kawen jangan perang-perang lagi. tak machola... sila kurangkan sikit hot temper anda tu ok! wee~ aku tumpang berbahagia dengan kebahagian korang berdua... doakan aku cepat-cepat bertemu jodoh ye... kalau boleh biarla dengan incik LC merah aku... wee~

4 comments:

Rashid said...

kata-kata yang begitu indah utk ex-b .. itulah yang terbaik sebenarnya.. Terima kenyataan ..

^ai-mie : 아이-미^ said...

wee~ sebab dia seorang lelaki yang baik yg tak lukakan hati saya kot...

h A n Y S said...

susah nak dapat laki yg mcm tu..mnangis utk sorng pompuan..suweeet actually..
;)

^ai-mie : 아이-미^ said...

wee~ memang sweet... dia lelaki yg baik.. sy ni ha yg jahat... hee~