Tuesday, 26 April 2011

:buat kau kawan:


"aimi... sorry k. just tak mahu kau menjauhkan diri dari aku je... kita kan kawan... lagipun aku dah anggap kau macam keluarga aku dah. kadang tak perasan bila aku buat salah. just mahu betulkan apa yang tak betul pada diri aku. maaf... tapi terpulanglah ok. penilaian kita selalu berbeza. tapi satu je aku nak cakap pasal diri aku yang kau tak nampak. aku sayang kau. aku ambil berat pasal kau. aku tak pernah nak tinggalkan kau sendirian. jujur... cuma silapnya cara aku salah je..."

seriusly, aku tak tahu dan tak faham kenapa tetiba kau emo macam ni kawan. aku rasa tu hari kita baik-baik jer. aku pun tak faham kenapa kau tetiba sensitif tak menghala macam ni. aku dah lali dengan apa yang orang buat dekat aku. so, aku mang tak kisah sangat. by the way, bila masa aku menjauhkan diri dari kau kawan? walaupun kadang-kadang sepertinya mahu juga berbuat begitu...

cuba faham walau sedikit. aku tak sihat... hari tu pun kau sendiri yang bagi aku surat klinik dekat aku masa aku nak pergi klinik. bila aku tak sihat, apa kau harapkan aku untuk ketawa terkinja-kinja seperti selalunya? kalau kau tak sihat pun, kau diam je kan? dan aku cuba untuk faham itu tanpa banyak bertanya pun..

kau tanya kenapa aku sudah jarang keluar bersama-sama kau lagi... kawan, apakah kau merasa seronok dengan menjalani kehidupan tanpa hala tuju dengan menhabiskan sisa hari kau berjimba-jimba di luar dan pulang menjelang paginya? aku tidak... malah aku rasa hidup aku seperti kosong... kosong sangat-sangat. mungkin aku ketawa, tapi dalam gelak tawa aku tu, ada sesuatu yang hilang sebenarnya. kawan, aku dah tua... aku dah penat nak enjoy. mungkin dua tiga tahun mendatang, kau akan faham situasi aku bila kau masih sendirian seperti aku... bukan ke seminggu sekali kadang-kadang aku keluar juga enjoy dengan korang semua... tapi kalau kau mengharapkan tiap-tiap malam seperti sebelumnya, maaf.... aku tak mampu lagi... 

kawan, dunia kita berbeza sebenarnya. aku bukan orang senang yang sentiasa mampu mengeluarkan duit sesuka hatinya. aku punya tanggungjawab yang banyak. kita pernah bergaduh tentang ini. kau masih ingat? seriusly, aku memang terasa sangat-sangat masa tu. kau selalu ajak aku berjalan-jalan, buat program ke sana ke sini... kau tahu semua itu memerlukan duit bukan? aku bukan orang senang kawan. gaji aku cukup-cukup makan je untuk menanggung adik aku yang masih lagi belajar, memberi sedikit bantuan kewangan kepada kedua orang tua di kampung dan juga untuk menampung perbelanjaan aku sendiri. kau tahu apa yang aku rasa sekarang ni? umur aku sudah menginjak ke angka 26 tapi aku masih belum mampu memberikan kesenangan untuk kedua orang tua aku. apa kau fikir aku mampu berbangga diri? rasanya seperti akulah anak yang paling tidak berguna sekarang ni.

kawan, kalau baca penulisan aku ni, harap kau mengerti walaupun secebis cuma. aku pun sayangkan kau tapi jangan harapkan aku untuk menjadi seperti dulu...

No comments: