Friday, 1 April 2011

:bila persahabatan itu menyakitkan:


 
^credit to uncle google^

gaduh... ketawa...
persahabatan atas dasar apa? 
bersahabat hanya untuk ketawa...
ketika susah?
sendiri jua...
perasankah kau bahawa kita tidak pernah berkongsi duka?
kau lebih suka merahsiakan perihal hidup kau daripada bercerita denganku...
disebabkan itu, aku juga berbuat begitu kepada kau...
merahsiakan segalanya daripada kau...
pernah juga aku bercerita...
tetapi reaksi daripada kau?
hanya secebis ketawa dan jenaka...

bila aku mahu sendiri,
kau bilang aku sudah tidak pedulikan kau...
bila aku mula berkata-kata,
reaksi kau sepertinya aku menyakitkan hati kau...
ahh...
bingung entah harus bagaimana...

sungguh, kalau ikutkan kata hati aku sudah tak ingin lagi...
pergilah engkau mencari kehidupan kau sendiri...
ya, aku sedar aku bukan seorang sahabat yang baik...
kerana itulah aku tidak pernah menghalang kau menjalani hidup kau...
berkawanlah dengan siapa sahaja, aku tidak kisah...
aku mahu engkau bahagia...
kerana aku betah sendiri...

aku ingin menjalani kehidupanku sendiri tanpa perlu merasa bimbang akan hati orang lain...
bolehkah aku pergi dari hidup kau?
sungguh, aku tak ingin menyakiti kau lagi...
tidakkah kau rasa ini yang terbaik?
yang aku pinta cumalah secebis pengertian dari kau wahai sahabat...
apakah kau mengerti?

psstt : dia merajuk lagi. aku rasa kata-kata aku itu hanyalah satu gurauan. kalau kau selalu sensitif begini, sungguh aku tidak betah lagi. ya, aku rindukan kegembiraan kita dahulu. tapi kalau selalunya kedinginan yang diberikan, maaf kalau tiba-tiba aku menjauh... menjauh bukan kerana aku bencikan kau... tetapi kerana aku fikir itulah yang terbaik. di umurku yang semakin menginjak ke hari tua, aku fikir 'pergaduhan' bukanlah sesuatu yang aku inginkan... mungkin kau masih belum mengerti...

2 comments:

saya YANA said...

Yana juga dlm dilema..
kita kawan mungkin bukan dari bangku sekolah..tapi kita tetap menjalinkan hubungan pesahabatan.. tapi kenapa kau suka buat2 cerita. kau tipu aku.. maaf aku kini memang ingin menjauh.. sebab aku tak ingin ditipu oleh sahabat sendiri..
eh... Yana terluah kat sini plak.. hehe...

^ai-mie : 아이-미^ said...

xpe yana... tp tulah kan.. nak menjauh kwn sendiri... kalau tak menjauh, sediri kdg2 mkn hati... sabr je lah...