Saturday, 23 April 2011

:banjir lagi...:

Rasanya hari ni bukan hari aku kot… malang? Takdela sampai nak cakap malang. Cuma should I say not bertuah enough? Smalam dahla tidoq lambat gara-gara melayan ‘Mary Stayed Out All Night’. Pastu pagi tadi dah sah-sahla bangun tidoq lambat. Kalau ikutkan hati macam malas jer nak pergi keje. Pakkal sebab Sabtu lepas aku dah tak OT. Nak tak nak kenala gagahkan diri jugak bangun tidoq. Kalau tak keje, konpem bulan depan sengkek nak mampos sebab OT sikit jerk. Sampai kat kilang, pintu pagar dah bertutup sebab aku sampai lambat…. Pakcik guard pulak tanpa segan silunya memerli aku yang selalu datang lambat ni…. Apa-apa jelah pakcik oi! (uit! Panjang la pulak intronyer… wee~)

Nak dijadikan citer yang tak seberapa nak meletop macam box-office pun, sampai jerk at opis pagi tadi, terkejut beruk aku sebab…. Opis gua banjir lagi!!! Kat bahagian engineering la especiallynya… pandang kiri kanan depan belakang, rupa-rupanya budak engineering aku sorang jer yang keje. Hampagas betul budak-budak kecik sekalian. Semalam bukan main lagi semangat nak kerja. Cet!

Opis ni banjir pun sebab water heater dekat pantry tu. Paip dia yang kat belakang patah lagi. Adoyai. Masuk kali ni dah empat kali kot rasanya. Tiga kali yang sebelumnya, aku jugak yang kena menyetelkan. Yang lagi sekali tu hari ahad, den tak kerja. Tak dapetlah den nak nolong… wee~

Nasib baik ada tukang sapu. Bolehla dia tolong aku. Eh, terbalik… aku yang tolong dia sebenarnya. Kesian pulak nak tengok dia mop sume air tu sensorang. Nak harapkan opismate yang lain? Tak payahla nok… menyakitkan hati ko lagi adalah… dorang boleh pulak cakap ‘eh, banjir ea’ sambil ketawa-ketawa. Bukan nak tolong pun… yang lagi sorang jalan-jalan kat depan pastu benti tersengih. Wah3! Dah macam haram jadah ye korang ekh. Nasib baik aku masih boleh control iman aku yang tak seberapa ni. Kalau tak, tak pasal-pasal mop tu aku sental kat muka korang. Tengok korang boleh senyum ke tak lagi lepas ni. 

Bahagian Engineering dah setel aku dengan si 'sapu' ni kerjakan. Ingat nak sambung buat kerja. Sekali nak pergi pantry buat air, nampak pulak pantry pun banjir jugak. Ingat nak buat bodoh jer tapi kesian pulak si 'sapu' mop sorang-sorang. Yang lain cuma tahu tunggu pantry dah kering pastu nanti baru sibuk nak pi pantry buat air. Macam ci***…

Ko ingat senang ke mop-mop ni. Tangan aku ni dah nek merah tau tak? Nak genggam pun sakit tau! Tapi nak wat canne. Macam la aku tak tahu perangai korang tu. Sabar sudah. Kalau aku nak meletup pun, setakat kat dalam blog ni ha… Hampagas…

Almost one hour jugak aku ngan 'sapu' berusaha keringkan sume air kat dalam opis ni. Boleh tahan jugak perit tangan aku ni sebab memerah mop tu kat dalam baldi. Almost 7-8 baldi jugak air yang kitorang berjaya setelkan. Syabas untuk diri sendiri kerana masih lagi menjadi seorang manusia. Apakah?

Psstt : siku aku sakit sebab terhantuk besi tadi pagi. Dan rasanya aku kena jugak pergi klinik buat checkup sebab kepala aku ni dah tak boleh nak bertahan lagi…oh, btw 'sapu' is he ok.. and he is Myanmarian?

No comments: