Tuesday, 12 April 2011

:aku sedih... kau tahu?:

 ^credit to uncle google^

eh, aku sedih tau sekarang ni...
ye, aku tahu aku bukan siapa-siapa...
cantik tak, stylo pun tak...
kalau tengok memang dah tahu dah aku tak sesuai dengan kau...
tapi tak salah kalau aku suka dekat kau kan?
aku pun tak pernah bagitahu kau yang aku suka kau...
apatah lagi bagi klu dekat kau yang aku suka kau...
tapi mungkin kau boleh rasa sendiri...
sebab tu kau cakap macam tu dekat aku kan?
kau,
aku tak kisahlah...
aku tahu kau sayangkan seseorang...
jangan bimbang,
aku takkan melebihi had aku yang sepatutnya...
aku belajar dari pengalaman...
seberapalah sangat sakit aku kerana mencintai hak orang,
kalau nak dibandingkan sakitnya aku, kau dan dia jika aku tak pandai mengawal perasaan aku...
kau tetap kawan aku selama-lamanya...
aku gembira tau kau hadir dalam hidup aku...
sebab adanya kau, aku kembali merasa erti rindu...
eh, aku suka tengok kau gembira tau...
tak suka tengok kau sedih-sedih bila orang yang kau sayang lukakan hati kau...
tapi nak buat macam mana...
dah kau sayang dia...
aku sentiasa doakan kebahagiaan kau tau...
jadi jangan sedih-sedih lagi ok...
janji dengan aku?
oh, lagi satu...
tak payahla kau mencari perempuan sana sini demi meluangkan masa bosan kau...
sebab aku memang tak suka tu...
tak suka sangat-sangat...
tolong ubah perangai kau tu eh...
pelan-pelan saja...
aku dan teman-teman di sini sentiasa ada untuk kau...
panjang betul pesanan aku untuk kau eh...
tapi kau tak baca pun kan...
sebab kau tak tahu pun aku ada blog...
dan aku tak pernah mahu kau tau...
sebab ni, adalah dunia aku seorang...

2 comments:

Dilakochan said...

erk..sedih nya bunyi..
kita pun pernah rasa perasaan cmtu..

tp cube x fikir sgt, bila difikir tambah sedih! :'(

^ai-mie : 아이-미^ said...

tulah... cengginilah kalau dah namanya teman tapi mesra... :(