Saturday, 30 April 2011

:migrain:

it's Saturday and i'm not working today. it's working weeks today, but still i'm not going coz i have a migrain. ahh... after quite a long time i guess. i hate migrain coz it makes my whole body damn so weak and i can't do anything because of it. just terperuk je dekat tilam. the saddest thing is, i can't even call my boss why i absent today cause i don't even have any credit on my phone plus no one ever call me either. maybe dorang ingat aku cuti coz tu hari mang ada apply cuti tapi dah cancel sebab tak jadi balik kampung.


dahla migrain teruk, ubat pulak takde. terpaksalah bertahan. last-last petang tu gagahkan jugak diri pergi kedai beli panadol. satu yang aku tak suka pasal migrain ni coz selagi aku tak telan apa-apa ubat, jangan haraplah sakit dia nak baik. kalau berhari-hari tak telan ubat, berhari-harilah dia sakit. konon tak nak bergantung sangat pada panadol and ubat-ubatan. you know kan dia punya efek pada badan macam mana? tapi terpaksa jugak mengalah...

bila la nak ada incik suami ek... at least ada jugak tempat bergantung... haha... ayat pathetic... k lah... no new entry today coz i can't think well. ada satu insiden today tapi nanti-nantila citer. mahu berehat... sisa-sisa migrain still berdenyut-denyut dekat kepala. salam malam minggu dan selamat bercuti buat semua...

Friday, 29 April 2011

:kau antara sahabat lelaki terbaik:


kawan...
tahukah kau aku sedang rindukan kau?
apakah kau merasakan apa yang aku rasa?

dulu kita pernah rapat kawan...
tapi sekarang kenapa semuanya berubah?
apakah kerana kau sudah punya si dia di hidupmu?
lantas kau tinggalkan aku sendiri kawan?

aku rindu mahu bercerita tentang hidup dengan kau...
aku rindu mahu mendengar gelak tawa ceritera kau...
dulu kita selalu berkongsi musibah...
tapi sekarang?
ah, semestinya kau sudah punya si dia untuk bercerita bukan?
aku ini siapalah sahaja...
semestinya bukan siapa-siapa lagi...

tidakkah kau merasa kekok kawan?
kita berselisih wajah setiap hari,
tetapi reaksi dan emosi kita sepertinya tiada apa-apa pernah berlaku antara kita...
sepertinya hubungan persahabatan itu tidak pernah wujud...
pelik, 
kenapakah begitu kawan?
dulu kau selalu tegur aku setiap kali berselisih...
tapi sekarang?

apakah si dia tidak membenarkan hubungan persahabatan kita lagi?
kalau sebetulnya begitu,
ya, aku akur...
antara lelaki dan perempuan sememangnya tiada istilah persahabatan bukan?
aku faham sekiranya dia takut akan persahabatan kita...
aku juga perempuan...
dan aku juga pernah merasakan hal yang sama...

cuma satu kawan, 
aku ingin kau tahu yang aku tak pernah melupakan kau...
kau antara sahabat terbaik aku yang sentiasa ada di saat susahku...
sekurang-kurangnya dahulu...

kawan,
sungguh aku rindu....

psstt : sedang merindukan seorang kawan lelaki yang pernah rapat dengan aku dahulu... dekat dimata tapi tersangat-sangat jauh dihati. no matter what, he's still the best namja chinggu to me... hope he will doing just fine with his life... mendoakan yang terbaik untuk dia dan semoga dia tidak dikecewakan lagi oleh insan bergelar perempuan... rindu mahu mendengar kau berkongsi masalah cinta kau dengan aku... seperti yang pernah aku cakap dekat kau, i'm a good listener and will always be there whenever you need me, kawan... :)

:permulaan tanggungjawab baru:


hari ni hari Jumaat. salam Jumaat semua.. kepada kaum Adam, jangan lupa menunaikan tanggungjawab anda ok. anda macho kalau anda pergi sembahyang sunat Jumaat. and i really like it...

ok.. hari ni secara rasminya aku punya engineering co-ordinator bercuti sebabnya beliau akan memberanakkan baby yang kat dalam perut dia bila-bila masa je dari sekarang... dan disebabkan itu, hari ni juga secara rasminya aku akan memikul tanggungjawab beliau sebagai assistant. one question untuk diri aku sendiri... 'mampukah aku?'...

dengan keadaan aku yang tak menghala sekarang ni, aku sendiri tak tahu boleh pikul tanggungjawab tu ke tak. bercampur lagi dengan keadaan sekeliling yang selalu menekan aku? well... aku ni dahla hot temper... kalau orang hot ngan aku, mesti aku nak hot-hot balik... aku bukan boleh kalau asyik ada orang nak blame team aku jerk... mesti nak lawan balik... tak kiralah dia tua ke muda ke... bos ke kuli ke... kalau bab kerja, sume tu aku tolak tepi. yang penting adil. kalau team aku salah, aku admit la kan, tapi kalau orang lain yang wat salah pastu team aku yang nak kena blame, memangla aku lawan...

waa... banyak benda yang nak kena aku belajar. semoga Allah mempermudahkan semuanya... kepada kawan-kawan, doakan aku supaya tabah hadapi cabaran baru ni...

psstt : sangat sedey sebab terpaksa cancel balik kg minggu ni gara-gara tiket bas da abeh.... uwaa... miss my mom...

Thursday, 28 April 2011

:dinner roti burger bujang style:

 

jajang!! my dinner for tonite... benjo bujang style... senang dan cepat, sangat bersesuaian dengan orang bujang macam aku yang tak pandai masak... wee~

cara masak? senang jer... taruk planta kat roti burger tu pastu goreng kasik garing skit.. barula sodapp!! tak yah taruk minyak... pastu angkat then goreng pulak telur. style gorengan telur? sesuka hati.. nak wat telur dadar boley, telur mate kerbau boleh, mate lembu or whatsoeva, terpulang koranglah... tapi malam ni aku guna style telur dadar pastu aku layer-layerkan ia supaya jadik tebal... nyum3... pastu lapiskan telur atas roti yang dah digoreng tadi. then tarukla sos cili sesedap rasa, kicap sesedap rasa and last skali mayonis sesedap rasa... lain tekak, lain plak selera makan dia kan? so, rasa terpulangla memasing... tada... dah pun siap... senang je kan... bukak mulut, makan sampai kenyang... 

selamat menjamu selera semua... kepada yang tengah dan akan makan sedap-sedap tu, ingat-ingatlah dekat orang kat sini ok! wee~

:CN Blue Special Limited Edition:

01. 직감
02. LOVE GIRL
03. 상상 (Imagine)
04. I don’t know why
05. 사랑은 비를 타고
06. Lie
07. one time
08. Just Please
09. Wanna Be Like U
10. Ready N Go
11. 고마워요
12. One of a kind (Bonus Track)

woot! woot! yippie! my album finally arrived safely from Korea. sangat-sangat happy. walaupun, kadang-kadang rasa macam entah apa-apa je sebab sanggup membazirkan duit ratus-ratus beli benda alah ni, tapi bila dah ada depan mata rasa macam berbaloi jerk... apakah? giler...

anyway, aku bukan kipas-susah-mati CN Blue sangat pun... tapi dah bile incik dan mak incik syaiton dok asyik hasut jer suh beli, terpengaruh jugak akhirnya... woot! woot!

A little review from this album. Kat dalam album ni ada sekeping disk dengan memuatkan 12 track lagu. Most of the song memang besh. Yang dua lagu yang tengah meletop skang ni of coz la kan... Intuition dengan Love Girls... yang lain pun still best jugak. Tabik spring dekat Yonghwa and the geng coz most of the song ada dorang yang compose. And kat dalam also ada photobook dorang. Sweet~ giler kejap tengok pakwe-pakwe CN Blue yang ensem... kejap je la~

sila layan gambar... gambar di ambil guna enpon cabuk gue ja... sori kalau tak lawa... apakah?

 ^cover depan... plastik pun belum bukak lagi^

^front cover^
 
^back cover^
 
^the disk^
 
^inside : disk and photobook^
 
^photobook : the making of 'intuition' MV^
 
^photobook : the making of 'love girls' MV^
 
psstt : Jonghyun sangat cute dengan lesung pipit... pengsan kejap...

Wednesday, 27 April 2011

:apa patut aku panggil benda alah ni:


aku tak tahulah nak panggil benda alah ni amende... tapi geram tahap menyampah gile babun sebab tiap-tiap hari ade je emel benda alah ni... menang lottery kepale hangguk ko! hanya orang bodoh je kot yang percaya benda alah cenggini. dah block sender pun still ade lagi yang masuk... tiap-tiap hari guna nama yang berlainan... aish... manusia... manusia... tak faham aku...

Tuesday, 26 April 2011

:buat kau kawan:


"aimi... sorry k. just tak mahu kau menjauhkan diri dari aku je... kita kan kawan... lagipun aku dah anggap kau macam keluarga aku dah. kadang tak perasan bila aku buat salah. just mahu betulkan apa yang tak betul pada diri aku. maaf... tapi terpulanglah ok. penilaian kita selalu berbeza. tapi satu je aku nak cakap pasal diri aku yang kau tak nampak. aku sayang kau. aku ambil berat pasal kau. aku tak pernah nak tinggalkan kau sendirian. jujur... cuma silapnya cara aku salah je..."

seriusly, aku tak tahu dan tak faham kenapa tetiba kau emo macam ni kawan. aku rasa tu hari kita baik-baik jer. aku pun tak faham kenapa kau tetiba sensitif tak menghala macam ni. aku dah lali dengan apa yang orang buat dekat aku. so, aku mang tak kisah sangat. by the way, bila masa aku menjauhkan diri dari kau kawan? walaupun kadang-kadang sepertinya mahu juga berbuat begitu...

cuba faham walau sedikit. aku tak sihat... hari tu pun kau sendiri yang bagi aku surat klinik dekat aku masa aku nak pergi klinik. bila aku tak sihat, apa kau harapkan aku untuk ketawa terkinja-kinja seperti selalunya? kalau kau tak sihat pun, kau diam je kan? dan aku cuba untuk faham itu tanpa banyak bertanya pun..

kau tanya kenapa aku sudah jarang keluar bersama-sama kau lagi... kawan, apakah kau merasa seronok dengan menjalani kehidupan tanpa hala tuju dengan menhabiskan sisa hari kau berjimba-jimba di luar dan pulang menjelang paginya? aku tidak... malah aku rasa hidup aku seperti kosong... kosong sangat-sangat. mungkin aku ketawa, tapi dalam gelak tawa aku tu, ada sesuatu yang hilang sebenarnya. kawan, aku dah tua... aku dah penat nak enjoy. mungkin dua tiga tahun mendatang, kau akan faham situasi aku bila kau masih sendirian seperti aku... bukan ke seminggu sekali kadang-kadang aku keluar juga enjoy dengan korang semua... tapi kalau kau mengharapkan tiap-tiap malam seperti sebelumnya, maaf.... aku tak mampu lagi... 

kawan, dunia kita berbeza sebenarnya. aku bukan orang senang yang sentiasa mampu mengeluarkan duit sesuka hatinya. aku punya tanggungjawab yang banyak. kita pernah bergaduh tentang ini. kau masih ingat? seriusly, aku memang terasa sangat-sangat masa tu. kau selalu ajak aku berjalan-jalan, buat program ke sana ke sini... kau tahu semua itu memerlukan duit bukan? aku bukan orang senang kawan. gaji aku cukup-cukup makan je untuk menanggung adik aku yang masih lagi belajar, memberi sedikit bantuan kewangan kepada kedua orang tua di kampung dan juga untuk menampung perbelanjaan aku sendiri. kau tahu apa yang aku rasa sekarang ni? umur aku sudah menginjak ke angka 26 tapi aku masih belum mampu memberikan kesenangan untuk kedua orang tua aku. apa kau fikir aku mampu berbangga diri? rasanya seperti akulah anak yang paling tidak berguna sekarang ni.

kawan, kalau baca penulisan aku ni, harap kau mengerti walaupun secebis cuma. aku pun sayangkan kau tapi jangan harapkan aku untuk menjadi seperti dulu...

:tahukah kau? salah satu permulaan sebuah scandal:

i'm not working today. sakit? not really... i don't know why semangat untuk bekerja tu makin hari macam dah makin pudar jerk... what happen to me? and the worst thing is i don't even tell anyone why i'm not working today... sangat jahat ok! macam la company tu company aku... cet!

then suddenly, got a message from one of my collegue which is he, ok :

"sayang, you tak datang hari ni kenapa? demam eh? hehehehe"

sayang kepala hangguk ko! aku paling tak suka kalau lelaki yang dah berstatus tunang orang ni tulis cenggini... ok, dia mang dah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan bulan tujuh ni.


bagi korang orang lelaki memang la benda macam ni just setakat nak joke-joke je kan. and nasib baikla ko berjoke dengan pompuan hati beku macam aku ni. kalau dapat dengan pompuan yang mudah terpengaruh macam mana? korang tahu jerla most of pompuan ni kalau time bab-bab hati perasaan ni, lembik skit. skali kalau dapat pulak dengan pompuan yg tersyok feeling dekat ko canne? tak ke haru hubungan ko dengan tunang ko antikan?

sebab tulah, ada batasnya kalau nak kawan antara lelaki dengan pompuan ni. korang lelaki apa tahu? pompuan pun sama... kadang-kadang menggediks lebey.. yang lelaki pulak tahu melayan jerk... pastu bila dah sampai ke tahap serius mula lah gelabah tak tahu nak buat apa. time tu, padan ngan muka!

moral of the story, kalau dah kawan tu buat jerla cara kawan ok! tak payahla ko nak menggedik sayang bagai. sedar la diri tu sikit... kalau nak caring pun, ada batasnya ok. pastu nanti bila dah bermasalah mulala letak status entah apa-apa jiwang karat dekat muka buku ko tu... mengalahkan pompuan... tak macho la derr... aish~ tak fahamla aku dengan kaum adam ni...

Monday, 25 April 2011

:sekeping kiriman sms dari seorang teman:


"hurm... just nak cakap plus tanya... aku ada buat kau makan hati, sakit hati, tak puas hati dan lain-lain ke? atau kau nak aku jauhkan diri dari kau? atau kau dah tak suka nak berkawan dengan aku? truly aku rasa persahabatan kita ni macam dah tak sihat dah... kadang benda kecik pun jadi masam muka... ajak spend time together pun susah. tak macam dulu. kalau cara aku berkawan agak kurang selesa bagi kau, maaf la ok. niat cuma nak berkawan dengan ikhlas je. ada masa susah dan senang. bukan ambil kesempatan atau buat ada-ada je..."

sekeping kiriman sms dari seorang teman. setelah sekian lama akhirnya kau sedar teman? jangan bimbang... aku biasa-biasa saja. aku masih sayangkan kau. aku sudah terlalu tua untuk beremosi tentang ini. aku tak tahu nak bagi jawapan apa dekat kau. biar aku fikirkan terlebih dulu. fikirkan ayat yang terbaik buat kau supaya tiada siapa yang akan teremosi nanti...

psstt : maaf kawan kerana mengabaikan mesej kau setelah bertanya. aku tidak berapa sihat kebelakangan ini. dan kepala aku ni tak mampu untuk mencerna masalah sebetulnya... wee~

Sunday, 24 April 2011

:aku ingin ketawa tapi...:

ahad yang bosan. arini takde idea nak tulis entry... just mahu mencarut mengarut sikit jer... aku nak ketawa puas-puas sambil tengok korean variety show sebenarnya... tapi.... modem P1 aku dah lembab giler tahap siput babi tengah makan angin... apakah? wee~ tuluuunnn...

rindu mau tengok program ini... :

^oh! my school@100 points out of 100^

^Strong Heart^

^Running Man^

^Night After Night^

wee~ need to wait until next month i guess... untill my modem quota come back to normal... dah banyak ketinggalan dah ni... uhuk3...

psstt : bosan... layan gitar time cenggini pun bagus jugak kan?

:dia lelaki yang pernah sukakan aku dulu:

seorang lagi lelaki yang pernah ada dalam hidup aku dulu bakal mendirikan rumahtangga. tahniah untuk beliau dan pasangan. aku mendoakan yang terbaik untuk beliau dan pasangan...

kitorang kenal dah lama dah... since 4-5 years ago? dah lupa tapi masa tu aku masih lagi bekerja sebagai salesgirl kat kedai tepon. rapat pun lepas tu sebab aku mintak tolong dia carikan aku kerja yang related dengan study aku. yela, aku ni study Industrial Design. bila dah habes study, terpaksa pulak kerja as salesgirl. time tu bukan senang nak cari kerja. so, bantai je la kerja papepun. bukan macam budak sekarang. nak kerja pun memilih. konon dah habis diploma tu tak layakla nak kerja sebagai salesgirl bagai ni. hello~ yang penting halal ok! stop that crap~


bila dah rapat tu, ada jugaklah dia ajak kuar. time tu dia baru putus tunang kot. so, akula tempat dia mengadu bagai... lagipun, time tu aku takde pakwe lagi. time tu pulak still muda remaja lagi so, aku layan kan jerla... tapi kitorang ni macam chipsmore. kejap jumpa pastu lamaaa giler tak jumpa... pastu jumpa balik. biasanya akulah yang selalu bagi alasan time dia ajak jumpa. jahatkan aku...

ok, dia hensem, nice man, romantik? wee~ aku tak suka romantik... aku menjauhkan diri daripada dia pun sebab aku rasa macam tak selesa bila ada dekat dengan dia. aku tak tahu kenapa tapi perasaan tu selalu je ada. pernah jugak dia macam melamar aku cara berbasa-basi, tapi aku selalu ngelak dan bagi jawapan yang ridiculous...well, as u know hati dan perasaan takleh nak paksa-paksa kan.

rasanya last aku jumpa dia, last year kot? lupa sebab dah lama sangat. time tu dia ajak aku tengok wayang. aku layankan jer sebab time tu pun aku tengah boring tak buat apa. walaupun rasa macam tak selesa je nak kua, tapi aku ni boh layan je lah... and aku rasa tu lah last aku jumpa dia sebab lepas tu aku decide dah tak nak jumpa dia langsung... jahatkan aku?

bukan apa sebab time tu dia buat sesuatu yang memang aku benci giler! nak tahu apa? tu lah first time dia berani nak pegang and peluk aku. damn! memang aku marah sebab ko sape kan? lainlah kalau incik hubby aku. bukan nak cakap aku ni suci bagai. tak~ aku ni mang jahat giler tapi... at least respect me dude... kalau selama beberapa tahun kita kawan ni ko boleh behave yourself asal tetiba lak nak wat pangai? sori coz aku mang takley nak trima. so, bye-bye lah jawapannya...

and rasanya a few month lepas tu, aku ada tengok dekat facebook dia ada letak si polan is in a relationship with si polan. congrates to him... bagus jugak. at least it wasn't me... and just a few days ago i wish him a happy birthday and ask him about his marriage. Luckily he will be marry next month. congratulations lagi sekali. dia nak bagi kad dekat aku. aku on jerk. tapi... baru je just a few minutes ago dia bagi mesej :

kat mana tu...

hello~ it's almost 12 o'clock in the midnite... apa yang membuatkan ko rasa aku nak jumpa ko memalam ni? sorry derr... aku tak reply pun. malasla... kang tak elok kalau tunang dia tahu. aku tak nak menimbulkan misunderstanding dalam rumahtangga orang ni... simpang malaikat 44... i'm learning from my mistake...

untuk beliau, selamat bakal menjadi pengantin baru buat kamu. you are a nice guy... we're not meant to each other. you know that. i always pray for your happiness. your first mistake lead for this thing to happen. i'm not blaming you anyway. it just me~ we always can be a chinggu... and i dont think i can make it to your wedding either...so sorry~

Saturday, 23 April 2011

:Intuition (직감) - CN Blue:

New song from CN Blue that keep winning on K-Chart in Korea recently. Other than Big Bang of coz. Love the song, the music and all of related. Nice MV too... Doing some vandalism in there, such a baddie but still, i wanna say they're so... wee~ you know... joha... like Jonghyun...



Lyrics :
Uh come on yeah

Naega nal ddeonal georan jikgami wa (Don't give up)

Jakkuman ireon jeoreon pinggyaedeulman (Don't give up)
Neukkimi dallatdeon ssaneulhan Bye Bye (Don't give up)
Nan bonael su eobseo (Because I love you)

Narul saranghanda hal ddaen eonjego ijae waseo Why you say goodbye

Idaero bonael sun eobseo (because I love you)

Iyuh anin iyuro

Narul ddeonagaryeo hajima

Please don't go go go jebal ddeonakajima

Hanbeonmanirado nal dorabwajullae
Please don't go go go seulpeun insanun shireo
Neol saranghanikka dashi dorawa

Step by step one two three Dipdi daridu

Gingin shigandeuri neorul jiweogagettjiman
Step by step one two three Dipdi daridu
Nan haru haruga gotongilgeoya

Neowa nan kkutiranun jikgami wa (Don't give up)

Jakkuman ireonjeoron jjajungdeulman (Don't give up)
Gihweeman yeotboda chagaun Bye Bye (Don't give up)
Nan bonael su eobseo (Because I love you)

Geojit gateun sarangi

Jeomjeom narul apeukeman hae
Please don't go go go jebal ddeonakajima
Hanbeonmanirado nal dorabwajullae
Please don't go go go seulpeun insanun shireo
Neol saranghanikka dashi dorawa

Step by step one two three Dipdi daridu

Gingin shigandeuri neorul jiweogagettjiman
Step by step one two three Dipdi daridu
Nan haru haruga gotongilgeoya

Uh nae ibsureun ibyeoreul malhagil wonhae

Nae nunbicheun narul piharyeogo manhae
I ready know nan ajuh jikkamjeokeuro (I don't wanna say goodbye)
Don't say goodbye ibyeoreul malhajima
Don't say bye bye narul ddeonajima
Sarangeul ddeonaseo naran saramaege ireojima (Because I love you)

Don't say no no no nae nuneul pihajima

Han georeum han georeum wae meoreojiryeo hae
Don't say no no no keureon pyojeongeun shireo
Nunmullo ireohkae aewonhajanha

Please don't go go go jebal ddeonagajima

Don't break my heart Don't you break my heart
Narul ddeonajima yeah, still loving you

Please don't go go go seulpeun insanun shireo

Neol saranghanikka dashi dorawa

Step by step one two three Dipdi daridu

Gingin shigandeuri neorul jiweogagetjiman
Step by step one two three Dipdi daridu
Maeil maeili akmongilgeoya

psstt : And who's here who buy their 'First Step' album? I am... crazy rite.. and rite now still waiting for the album to reach Malaysia. Can't wait for that...

source : MV, Lyrics

:banjir lagi...:

Rasanya hari ni bukan hari aku kot… malang? Takdela sampai nak cakap malang. Cuma should I say not bertuah enough? Smalam dahla tidoq lambat gara-gara melayan ‘Mary Stayed Out All Night’. Pastu pagi tadi dah sah-sahla bangun tidoq lambat. Kalau ikutkan hati macam malas jer nak pergi keje. Pakkal sebab Sabtu lepas aku dah tak OT. Nak tak nak kenala gagahkan diri jugak bangun tidoq. Kalau tak keje, konpem bulan depan sengkek nak mampos sebab OT sikit jerk. Sampai kat kilang, pintu pagar dah bertutup sebab aku sampai lambat…. Pakcik guard pulak tanpa segan silunya memerli aku yang selalu datang lambat ni…. Apa-apa jelah pakcik oi! (uit! Panjang la pulak intronyer… wee~)

Nak dijadikan citer yang tak seberapa nak meletop macam box-office pun, sampai jerk at opis pagi tadi, terkejut beruk aku sebab…. Opis gua banjir lagi!!! Kat bahagian engineering la especiallynya… pandang kiri kanan depan belakang, rupa-rupanya budak engineering aku sorang jer yang keje. Hampagas betul budak-budak kecik sekalian. Semalam bukan main lagi semangat nak kerja. Cet!

Opis ni banjir pun sebab water heater dekat pantry tu. Paip dia yang kat belakang patah lagi. Adoyai. Masuk kali ni dah empat kali kot rasanya. Tiga kali yang sebelumnya, aku jugak yang kena menyetelkan. Yang lagi sekali tu hari ahad, den tak kerja. Tak dapetlah den nak nolong… wee~

Nasib baik ada tukang sapu. Bolehla dia tolong aku. Eh, terbalik… aku yang tolong dia sebenarnya. Kesian pulak nak tengok dia mop sume air tu sensorang. Nak harapkan opismate yang lain? Tak payahla nok… menyakitkan hati ko lagi adalah… dorang boleh pulak cakap ‘eh, banjir ea’ sambil ketawa-ketawa. Bukan nak tolong pun… yang lagi sorang jalan-jalan kat depan pastu benti tersengih. Wah3! Dah macam haram jadah ye korang ekh. Nasib baik aku masih boleh control iman aku yang tak seberapa ni. Kalau tak, tak pasal-pasal mop tu aku sental kat muka korang. Tengok korang boleh senyum ke tak lagi lepas ni. 

Bahagian Engineering dah setel aku dengan si 'sapu' ni kerjakan. Ingat nak sambung buat kerja. Sekali nak pergi pantry buat air, nampak pulak pantry pun banjir jugak. Ingat nak buat bodoh jer tapi kesian pulak si 'sapu' mop sorang-sorang. Yang lain cuma tahu tunggu pantry dah kering pastu nanti baru sibuk nak pi pantry buat air. Macam ci***…

Ko ingat senang ke mop-mop ni. Tangan aku ni dah nek merah tau tak? Nak genggam pun sakit tau! Tapi nak wat canne. Macam la aku tak tahu perangai korang tu. Sabar sudah. Kalau aku nak meletup pun, setakat kat dalam blog ni ha… Hampagas…

Almost one hour jugak aku ngan 'sapu' berusaha keringkan sume air kat dalam opis ni. Boleh tahan jugak perit tangan aku ni sebab memerah mop tu kat dalam baldi. Almost 7-8 baldi jugak air yang kitorang berjaya setelkan. Syabas untuk diri sendiri kerana masih lagi menjadi seorang manusia. Apakah?

Psstt : siku aku sakit sebab terhantuk besi tadi pagi. Dan rasanya aku kena jugak pergi klinik buat checkup sebab kepala aku ni dah tak boleh nak bertahan lagi…oh, btw 'sapu' is he ok.. and he is Myanmarian?

Friday, 22 April 2011

:my precious - jang geun suk:


Shy pervading while whispering in your ear
Our story is covered by mystery
Feels happy when we looked at each other,
Oh look how pretty foolish it is.

While we gently walking at the alley
The gap like a sip of illuminated by sunlight coming through
I could not even know what it is
You instill in my little dream

My Precious(My Precious)
My Precious(My Precious)
It was like going to memories
a warm feeling
I don't want to disappear without a trace
My Precious (My Precious)
My Precious (My Precious)
Cherish even a small step forward
This excitement
That we will cherish as

Glorious in the wind passing over the collar
Your eyes, our hands together
The days of just pure sales work
Handed over while my heart comes

I was desperate and lost hope of an exceptionally
Broken sentences are still reminiscence turns
Were likely to be left alone
Did you hold on tight to my hands

My Precious (My Precious)
My Precious (My Precious)
Seemed my heart keeps beating
Silence gave your hand to me
My Precious (My Precious)
My Precious (My Precious)
If only you can passed by what ever it is
Can make it just like
This excitement

My Precious (My Precious)
Warmer than the sun
My Precious (My Precious)
More than any brilliant gem
Seemed my heart keeps beating
Silence gave your hand to me

My Precious (My Precious)
Which is cleaner than the sky
My Precious (My Precious)
More transparent, than some glass
If only you can passed by what ever it is
Can make it just like
This excitement


psstt : currently watching 'Mary Stayed Out All Night'... really love this song... make me miss someone~

:aku bukan kau yang punya...:


aku, kau...
tiada apa-apa ikatan...
apa hak kau untuk mengongkong aku?
apa kuasa kau untuk melakukan sesuka hati kau...

kau,
aku sudah berterus terang,
kau cuma seorang kawan...
tak lebih dari itu...
tolonglah faham dan berkelakuan sebetulnya...

aku bukan perempuan murahan...
apa hak kau untuk sentuh aku sesuka hati...
aku benci itu, kau tahu!
jangan marah kerana aku telah pergi jauh dari hidup kau...
dan aku tak pernah menyesal...

kau,
aku bukan kau yang punya...
harap kau mengerti...

psstt : otak sudah tepu... tak tahu nak post entry apa. cuma secebis penterjemah jiwa yang melalut barangkali...

Thursday, 21 April 2011

:incik ex-boyprenku yang pertama bakal mendirikan rumahtangga:


tinggal lagi dua minggu jer incik ex-boypren aku yang pertama bakal mendirikan rumahtangga dengan buah hati pengarang jantung beliau. planning ingat nak pergi jugak tapi bila dah roger-roger member-member, ada yang tak dapat pergi pulak. sebab aku takde geng nak pergi, rasanya aku pun tak pergi la kot. mesti incik ex-boypren terasa hati kalau aku tak pergi nanti... maaf la incik ex-boypren, bukan aku taknak pergi tapi... harap incik ex-boypren faham tentang situasi ex-girlprenmu ini yang masih tiada peneman untuk ke sana ke mari... apakah?

well, aku tak sedih pun walaupun dia merupakan ex-boypren aku yang pertama. cewah.. sebabnya, aku kapel dengan dia cuma selama tiga bulan jerk... huahuahua... dia seorang lelaki yang baik, hensem bergaya, banyak talent (budak skate, ada band sendiri, pandai nyanyi and suara besh, bijak berlajar)tapi... hati dan perasaan manala boleh dipaksakan. dan disebabkan aku telah memutuskan incik ex-boypren aku tu dengan keadaan yang agak keji sehingga membuatkan dia menangis sebab aku, so aku sangat-sangat bergembira kerana akhirnya dia telah menemui kebahagiaan dia. buah hati incik ex-boypren sekarang ni merupakan gadis yang kedua selepas aku. wee~

well, kisah aku dengan incik ex-boypren aku ni dah lama pun berlalu... adalah dalam lebih kurang 6-7 tahun yang lepas... kitorang kapel masa aku mula-mula jejakkan kaki aku ke politeknik. tulah pertama kalinya aku kenal erti kapel.. masa zaman sekolah dulu bukan takde orang yang nak tapi masa tu masih belum berminat untuk kapel-kapel ni. eh, tapikan aku pernah jatuh cinta pada dua jejaka masa zaman sekolah dulu... tapi cinta bertepuk sebelah tangan jer lah... aku sedar siapa aku ni~ wee~ merendah diri pulak... tapikan, dua jejaka yang aku terjatuh cinta nilah yang telah berjaya membuatkan jantung aku dugun dugun tiap kali terserempak. even ex2-boypren aku pun tak mampu buatkan aku rasa macam tu... pelik kan?

teringat masa mula-mula kapel ngan incik ex-boypren ni. masa tu dah dekat-dekat last semester satu. dekat dewan makan asrama, kitorang berborak berdua, then dia cakap dia suka aku and nak ajak kapel. aku on jer... tak fikir panjang sangat... bila ingat rasa macam klakar pulak. incik ex-boypren aku ni orang sabahan... so, even though kitorang kapel kitorang still cakap aku kau. agaknya sebab tu kot perasaan cinta tu tak bercambah dalam diri aku ni.  rasa macam kawan je. kitorang together-gether pun kejap je sebab time tu dah dekat dengan cuti sem. time cuti pun kitorang jarang-jarang contact each other sebab zaman tu masing-masing belum ada enpon lagi tak macam budak-budak sekarang sekolah rendah pun dah pakai enpon..

sebab dah jarang contact, aku decide untuk clash and berkawan je... so, bila naik je cuti sem aku terus jumpa incik ex-boypren nak cakap aku nak putus. masa tu jumpa incik ex-boypren kat depan rumah sewa. incik ex-boypren semangat nak jumpa aku sebab rindu tapi aku pulak sebaliknya. tapi gagahkan diri jugak bagitau dia hal sebenar. incik ex-boypren hampir menitiskan airmata bila dengar aku cakap macam tu. siyesly, tulah kali pertama aku buatkan lelaki menangis. and of coz aku rasa bersalah. aku bersalah kerana memutuskan beliau di tempat yang tidak strategik dengan kata-kata yang tak strategik... mungkin kerana aku masih mentah dalam dunia percintaan ni. tapikan, masa kitorang kapel dulu incik ex-boypren ada tuliskan dan nyanyikan aku sebuah lagu khas untuk aku. ada lagi aku simpan sampai sekarang. incik ex-boypren aku memang romantik orangnya. bertuah buah hati pengarang jantung beliau...

kepada incik ex-boypren, selamat menjadi bakal pengantin baru aku ucapkan. aku doakan semoga incik ex-bopren berbahagia ke akhir hayat bersama buah hati pengarang jantung walaupun aku tahu kadang-kadang incik ex-boypren selalu je perang dunia ketiga dengan buah hati. nanti dah kawen jangan perang-perang lagi. tak machola... sila kurangkan sikit hot temper anda tu ok! wee~ aku tumpang berbahagia dengan kebahagian korang berdua... doakan aku cepat-cepat bertemu jodoh ye... kalau boleh biarla dengan incik LC merah aku... wee~

:can i just...:

it's 1 o'clock in the morning rite now and i don't even feel sleepy.. ahh... felt like crying thinking of going to work tomorrow... can i just quit my work? i really don't have any sense of working there anymore... thinking of it just made my world so miserable... what should i do? i kept trying to pick up my mood but still, it's the same... can anyone give me any ideas how? what should i do? i'm kind of tired thinking about others... keep surviving because of others... ahh... i wish i can do it because of my own... still, have to wait this year to be ending...

i don't know what the hell is i'm bubbling rite now... suddenly i miss my LC namja...

Wednesday, 20 April 2011

:disini aku...:


disini aku..... berkarya,
disini aku..... berpuitis,
disini aku..... berpujanggga,
disini aku..... bersyair

disini aku..... meluahkan bicara,
disini aku..... meluahkan perasaan,
disini aku..... meluahkan kata-kata,
disini aku..... meluahkan nukilan

disini aku.....
disnilah duniaku.....

psstt : saya budak baru belajar...

Tuesday, 19 April 2011

:perlu ke aku upah seseorang untuk menyamar?:

harini balik kerja awal. not in da mood untuk kerja sangat. apakah aku terasa dengan perbuatan kawan aku tadi? mungkin... adalah sikit-sikit... baru je bajet nak buat cool tapi moody jugak. hampeh! lagipun kerja dah banyak siap. simpan untuk sambung besok...

tetiba kawan aku yang lelaki ni mesej aku :

"mi, ko marah aku ke, sorry la mi eh..."

aku? malas nak reply. biarkan saje. i'll be fine tomorrow... aku ni jenis cepat marah and cepat cool... so, wat bodo suda... tapi aku tak marah, cuma aku bengang. aku terasa. aku rasa tersisih sebagai seorang kawan. well, what to do, aku tahu aku bukan seorang kawan yang baik. aku cepat marah... aku mulut laser... aku jenis tak amek kesah... maybe i deserve that treat... ahhh.... molla!!!

tapi kalau dibandingkan dengan kawan yang lelaki ni, aku rasa aku lebih terasa dengan kawan perempuan aku ni. sebabnya dari cara dia, dia agak melebihkan kawan-kawan lelaki ni daripada aku. kadang-kadang sampai sisihkan aku. dah banyak kali jugak... dorang selalu buat planning nak kuar tanpa melibatkan aku. pastu bercerita tentang kegembiraan trip dorang depan aku... ketawa bercerita dan aku kat tengah-tengah macam orang bodoh. kalau korang, apa agaknya perasaan korang ekh?

malasla nak fikir sangat. sebab tu aku lebih suka sensorang sekarang nih....

eh, baru sedar macam dah terlari topik pulak... wee~ sebenarnya aku tengah tensen sebab sejak kebelakangan ni asyik terserempak dengan ex-boy aku jer. aku benci! betapa selama ni aku berusaha untuk lari dari pandangan dia. tapi tak dapat jugak. ye aku tahu pasir gudang ni kecik jer. pusing macam mana pun anti last-last jumpa jugak... tapi kalau boleh biarla tak terserempak. aku benci... aku menyampah... aku jijik... kalau boleh aku taknak dia tahu yang aku masih lagi single and i don't even have boyfren... ottoke?

perlu ke aku upah seseorang untuk berlakon jadi boypren aku? muahaha... dasar pathetic... budak LC merah, boleh tak kau tolong aku.... wuuu~ dah lama aku tak jumpa kau ekh?


psstt : if only i could ran away... terserempak dengan ex-boy aku rasa macam mimpi ngeri... hidup pun rasa macam tak tenang... terfikir betapa bodohnya aku dulu~

:kawan, mengertikah kau:



sakit...
aku selalu ditinggalkan sendiri...
mengertikah kau perasaan aku kawan?
kau cari aku hanya bila kau perlu...
lantas bila kau bertemu kawan lain,
aku kau campakkan...

ya, aku tersenyum...
aku tertawa...
aku melayan setiap keletah kau kawan...
tapi bila aku merajuk dengan keletah kau,
ada engkau mengerti?
kau biarkan aku sendiri...
sehinggalah aku yang akhirnya perlu mengalah...
semuanya demi sebuah persahabatan kawan...

mungkin kau nampak aku seperti seorang yang tidak ambil peduli...
aku rasa kau belum betul-betul memahami aku kawan...
kau rasa seperti aku mampu hidup sendiri...
tapi sebenarnya aku juga perlukan kau kawan...
kau rasa seperti aku tidak apa-apa...
tapi sebenarnya aku pendamkan kesakitan itu kawan...
aku pasti kau tidak nampak itu...

kawan, 
setelah aku sedar aku tidaklah sepenting mana dalam hidup kau,
aku mula menjarakkan diri dari kau...
aku rasa kau perasan semua itu...
tapi aku buat begitu kerana aku tak ingin sakit lagi...
lebih baik aku meninggalkan sebelum ditinggalkan...
sekurang-kurangnya aku tidak terus terjatuh sakit...

kawan,
terima kasih kerana memilih aku sebagai seorang kawan...
jangan benci aku sekiranya tiba-tiba aku pergi dari hidup kau...
bukan aku ingin membenci...
tapi aku rasa lebih baik kalau kau bertemu dengan seorang kawan yang paling layak untuk kau...
agar kau terus bahagia...
walaupun tanpa aku...

psstt : sedih betul bila selalu je kena tinggal... yela, aku tahu aku bukan seorang kawan yang baik... so, terima sajelah apa yang orang nak buat... ujian kecil... senyum sahaja... tak perlu kata apa-apa... aku kan seorang gadis yang kuat... woot! woot!

Monday, 18 April 2011

:sepi:

 
ramai...
sesak...
bingit...
tapi aku?
sunyi...
sepi...
sendiri... 
 
 psstt : aku yang merapu meraban...

:Tonight 'Japanese Version':

woot! woot! so happy today... Big Bang release tonight MV of Japanese version? why i didn't know earlier? wee~ anyway, nice MV from them. Plus a lot more of english lyrics in there.

 

currently, i'm watching both of korean and japanese version... if you wanna talk about the song, honestly i choose korean version more... maybe because i already know and remember the lyrics? but if you wanna talk about MV, i would say i prefer japanese MV more. Daesungie damn so sexy in there. really a different side of him that we are not always can see. Tabi always as usual with the sexy voice especially in the ending... G.D with his unique style... Taeyang with a great voice. also, uri maknae with also a great voice...total, i still love both of the version coz it's Big Bang... wee~

video
 ^Korean Version^

psstt : what about others VIP? which version do you guys prefer more?