Thursday, 31 March 2011

.saya tak perlukan teman lelaki sekarang.

Mr. R : Aimiii!!!
Aku : Yeeeee!!!
Mr. R : you hari-hari kerja... tiap masa dekat kilang, bila masa mau ada boyfriend?
Aku : Hahaha (ketawa dengan rakusnya bila dengar statement tu)... takper lor... i tak mahu ada boyfriend sekarang. i suka sorang-sorang...
Mr. R : waa... you tak takut jadi andartu meh?
Aku : (Masih lagi dalam mode ketawa).. tak kisahla Mr. R... i belum rasa nak ada boyfriend. lagipun i tak suka ada boyfriend. i suka hidup i skarang...
Mr. R : Hahaha... kesian... kesian....
Aku : kenapa kesian pulak?
Mr. R : ye lor. kesial lor takde boyfriend...
Aku : ketawa sambil berlalu pergi...

Tidak perlu rasanya aku memberikan penjelasan panjang lebar kepada insan yang tidak memahami. Bagi aku cukuplah sekadar aku sendiri faham apa yang aku mahukan untuk diri aku sendiri.

^credit to uncle google^

Meningggalkan dan ditinggalkan adalah satu perkara yang cukup sinonim buat diri aku suatu ketika dahulu sehinggalah aku membuat keputusan untuk berada tegap pada kedudukan aku sekarang. Sudah terlalu banyak hati yang terluka disebabkan aku dan aku juga sudah cukup terluka dengan banyak hati. Sekarang ni, biarlah masa yang menentukan segalanya. Sekarang ni aku berada dalam mode untuk memberikan sedikit ruang untuk diri sendiri bernafas dengan lega dan menentukan jalan hidup aku seterusnya... walaupun ianya mungkin mengambil masa bertahun... ya, aku sedia tempuhinya sendiri. Cukuplah aku tahu aku masih punya keluarga yang setia berada di samping aku.

Well, namja chinggu bukanlah segala-galanya dalam hidup ni, tapi mereka adalah pelengkap kepada setiap insan. that's whyla manusia diciptakan berpasangan. Aku akui aku juga perlukan seorang lelaki dalam hidup aku tetapi bukan dalam masa sekarang.

pssstt : entry poyo di saat kebosanan. maaf kalau entry ni membuatkan anda yang membaca seperti mahu termuntah... :)

2 comments:

Syazwana said...

single pon best ape.hehehe

btw selamat berkenalan

:)

^ai-mie : 아이-미^ said...

hehe...betul tu... selamat berkenalan juga n thanx for follow me...