Saturday, 26 March 2011

.kesian pakcik tu.

arini pi kerja lambat sikit gara-gara liat betoi nak bangun tadi pagi. kalau ikutkan hati, rasa macam taknak pergi kerja pun sebenarnya. mengenangkan kerja yang berlambak-lambak dekat opis sana, terpaksala jugak gagahkan diri ni pergi kerja.

arini pi kerja pun bawak motor slow motion giler. sumenya gara-gara minyak motor yang ada ciput jer lagi. jarum meter pun skit je lagi nak gi ke tanda merah. harap-harap cukuplah untuk perjalanan balik sebelum sampai shell anti. tadi pagi ingat nak pi isi kat petronas singgit pastu balik kerja kang baru isi full dekat shell. tapi mengenangkan insiden sebelum ni yang kena gelak ngan cashier petronas sebab isi minyak singgit, terbantut niat aku. so, bantai jerla pi kerja ngan minyak yang ciput tu. eh, tak salahkan kalau aku nak isi minyak singgit? aku taula minyak skang ni mahai. tapi aku nak isi singgit pun sebab nak wat cover je kan. takkanla aku nak pi bagitau dia yang aku nak isi minyak shell lak pasni kan. giler ke hape... (eh, ni dah melalut tang ke lain dah ni... sebenaqnya nak citer pasal kes pagi tadi...)

okla... okla... sambung balik telenovela kite tadi... tengah syok-syok aku berangan kat depan traffic light simpang empat tu kan, tiber-tiber gedebuk ade motor jatuh. siyes masa tu tak pasan sangat walaupun pakcik tu jatuh betul-betul depan aku. sedar-sedar aku nampak pakcik tu jatuh. betul-betul kat tengah-tengah jalan simpang empat tu. kat sebelah dia kan ada dua buah lori nak masuk simpang. blakang dia toksah cakapla... berjuta-juta lemon kereta nak masuk simpang. nasib baikla sume kenderaan hari ni berhemah bawak slow jer. kalau tak, aku tak tahula apa nasib pakcik tu. dan tak tahula pulak macam mana nasib aku nanti. mesti terus meroyan pastu sebab tengok insiden yang tak sepatutnya...

lambat jer pakcik tu bangun... mesti sakitkan... maunye tak sakit, dah jatuh mestila sakitkan.. sengal jugak aku ni.. mesti time tu pakcik tu blur-blur kan kat tengah jalan tu... and mesti dia malu jugak sebab sume orang tengok dia. al-maklumlah kat tengah-tengah jalan... 

^credit tu uncle google.. tapi ni bukan tempat kejadian sebenar sebab lubang dekat tempat kejadian sebenar lagi besar dari ni..^

ni sume gara-gara jalan tu la. kat tengah-tengah tu sebelum ni memang ada lobang besaarrrr punye. baru-baru ni je kot, ada pihak tertentu yang tampal jalan tu. tapi tampal macam harem.. sama jugak macam tak tampal. berlekuk-lekuk. maunya tak pakcik yang bawak motor tu jatuh. lainla kalau kete... tayar empat... still boleh lagi balance. kalau yang bertayar dua? hampehkan dorang ni tak fikirkan keselamatan kami-kami yang bawak kenderaan bertayar dua ni kan? buat kerja ala kadar jer. memang macam hampeh... eh, canne nak buat aduan kalau benda-benda macam ni eh? geram pulak aku...

anyway, rasa agak bersalah sebab tak mampu nak tolong pakcik tu sebab kami berada di arah yang berlainan. hanya mampu berdoa semoga pakcik tu selamat dan tak cedera teruk sangat...

No comments: