Thursday, 24 March 2011

.Japan road vs Malaysia road.

tadi kat office dapat e-mail pasal keadaan Jepun lepas tsunami. one thing yang agak mengejutkan aku adalah bila orang-orang Jepun  ni berjaya membaiki jalan dorang yang rosak akibat tsunami hanya dalam masa enam hari jer. kalau korang tengok keadaan sebelum tu, cam impossible je kan... memang aku tabik springlah kat dorang. nampak macam mana bersatunya dorang dalam menangani isu ni kan. and one more thing of coz la sebab teknologi canggih dorang. tapi kalau sebab teknologi semata-mata tanpa semangat sepadu, rasanya tak jadi jugak kot...


^before and after^

cuba kalau kat Malaysia. aku rase xdenyelah kot. kalau dalam masa seminggu tu dah setel, tu dah kira ajaib lah tu kot. sebabnya, orang Malaysia ni suka main politik. apa-apa pun politik. buat itu politik, buat ini politik. tak bersatu langsung. berpecah belah lagi adalah. macam -----... sendiri mau taula yek. tengok ajelah jalan kat tempat aku ni. berlobang-lobang. kalau tampal pun macam -----... serupe jugak macam takyah tampal.

Selalu jugak baca dalam paper and tengok kat tv aduan-aduan rakyat pasal keadaan jalan yang agak teruk dan membahayakan. bukan setakat dekat Johor ni jer, tapi satu Malaysiala. semua negeri same jerk... tapi tulah... kalau nak tengok pihak-pihak tertentu ambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan, memang agak susahlah. bantuan dan penyelesaian biasanya hanya akan diberikan pada orang-orang tertentu atau kawasan-kawan tertentu sahaja. dan semestinya sebab?..... politik... pandainyer...

Malaysia pun bukannya tak maju apa. sekarang ni, ekonomi Malaysia pun dah ok apa. tapi tu la... disebabkan politik... sendiri mau pikirla...

sigh~ sekarang ni tak abeh-abeh dengan isu mengarut yang entah hape-hape. nak tengok berita pun macam malas. tengok news dekat channel news asia lagi bagus...

psstt : this is my own point of view. i dont think what i'm saying there is wrong. rite? but still, correct me if i'm wrong...

No comments: