Tuesday, 29 March 2011

.bang bang boom selipar jepun.

hari ni teruk aku kena bang bang boom dengan si nueq, dak opismate aku. hampeh betoila... tapi disebabkan dia dah membuatkan aku happy maka aku telah maapkan segala dajal dia kat aku hari ni. siyesly, dah lame sey tak dikenakan oleh kawan-kawan cenggitu. jadi teringat pulak kat kenangan masa zaman-zaman skola dulu. al-maklumla... skarang dah tue...

^credit to uncle google^

al-kisahnya tadi lepas solat zohor dekat surau, masa nak kua tetiba tengok selipar jepun aku takde sebelah. carik punya carik rupa-rupanya dah kena gantung dekat tombol pintu. dasar punye dak kecik. aku pun ape lagi. balas dendam balik dengan sepak selipar dia jauh-jauh. time tu dia tengah solat kat lam surau. kih...kih...kih...

bila dia naik jer, aku pun jeritla, 'ko jahat!' pastu dia gelakkan aku. siap cakap 'anti aku sorok sampai ko tak jumpe carik!'... dasar si budak kecik...

eh, ingatkan main-main. rupa-rupanya dia buat betoi-betoi... time ni masa solat asar pulak. kali ni dia solat dulu baru aku turun. aku kan tengah solat, manala nak perasan apa yang orang buat kat luar. sekali bile dah siap and nak kuar tengok selipar aku tinggal sebelah jerk. tapi kali ni dia letak pulak selipar lelaki sebelah selipar aku. dasar! terbongkok-bongkok aku carik selipar aku kat area surau tu. sebelah pakai selipar, sebelah kaki ayam. tapi hampeh sebab tak jumpa langsung. bayang selipar pun aku tak nampak. mang dasar budak ni nak kena dengan aku. sebab tak jumpa jugak carik, maka naiklah aku ni kat atas opis tu dengan berkaki ayam sebelah.

bukak je pintu terus aku jerit! pok ajib dengan si nueq selamba badak jerk gelakkan aku. si mas slamat pulak terpinga-pinga tak tau pape tengok kitorang gelak macam orang meroyan. bila dah tengok aku terhencot-hencot sebelah pakai slipar sebelah lagi kaki ayam, terus dia pun gelakkan aku jugak. dasar! aku pun jeritla tanya mana selipar aku. dia senang lenang jerk tunjuk kat meja aku. ish dasar budak kecik! riuh satu opis kitorang ketawa. hahaha...

dah penat-penat ketawa kitorang pun seiring sejalanlah balik rumah... hehe... today is the happy day walaupun my kimia macam takde mood jerk... smile :) to nueq, thanx for the memories...

No comments: