Thursday, 31 March 2011

.saya tak perlukan teman lelaki sekarang.

Mr. R : Aimiii!!!
Aku : Yeeeee!!!
Mr. R : you hari-hari kerja... tiap masa dekat kilang, bila masa mau ada boyfriend?
Aku : Hahaha (ketawa dengan rakusnya bila dengar statement tu)... takper lor... i tak mahu ada boyfriend sekarang. i suka sorang-sorang...
Mr. R : waa... you tak takut jadi andartu meh?
Aku : (Masih lagi dalam mode ketawa).. tak kisahla Mr. R... i belum rasa nak ada boyfriend. lagipun i tak suka ada boyfriend. i suka hidup i skarang...
Mr. R : Hahaha... kesian... kesian....
Aku : kenapa kesian pulak?
Mr. R : ye lor. kesial lor takde boyfriend...
Aku : ketawa sambil berlalu pergi...

Tidak perlu rasanya aku memberikan penjelasan panjang lebar kepada insan yang tidak memahami. Bagi aku cukuplah sekadar aku sendiri faham apa yang aku mahukan untuk diri aku sendiri.

^credit to uncle google^

Meningggalkan dan ditinggalkan adalah satu perkara yang cukup sinonim buat diri aku suatu ketika dahulu sehinggalah aku membuat keputusan untuk berada tegap pada kedudukan aku sekarang. Sudah terlalu banyak hati yang terluka disebabkan aku dan aku juga sudah cukup terluka dengan banyak hati. Sekarang ni, biarlah masa yang menentukan segalanya. Sekarang ni aku berada dalam mode untuk memberikan sedikit ruang untuk diri sendiri bernafas dengan lega dan menentukan jalan hidup aku seterusnya... walaupun ianya mungkin mengambil masa bertahun... ya, aku sedia tempuhinya sendiri. Cukuplah aku tahu aku masih punya keluarga yang setia berada di samping aku.

Well, namja chinggu bukanlah segala-galanya dalam hidup ni, tapi mereka adalah pelengkap kepada setiap insan. that's whyla manusia diciptakan berpasangan. Aku akui aku juga perlukan seorang lelaki dalam hidup aku tetapi bukan dalam masa sekarang.

pssstt : entry poyo di saat kebosanan. maaf kalau entry ni membuatkan anda yang membaca seperti mahu termuntah... :)

Tuesday, 29 March 2011

.bang bang boom selipar jepun.

hari ni teruk aku kena bang bang boom dengan si nueq, dak opismate aku. hampeh betoila... tapi disebabkan dia dah membuatkan aku happy maka aku telah maapkan segala dajal dia kat aku hari ni. siyesly, dah lame sey tak dikenakan oleh kawan-kawan cenggitu. jadi teringat pulak kat kenangan masa zaman-zaman skola dulu. al-maklumla... skarang dah tue...

^credit to uncle google^

al-kisahnya tadi lepas solat zohor dekat surau, masa nak kua tetiba tengok selipar jepun aku takde sebelah. carik punya carik rupa-rupanya dah kena gantung dekat tombol pintu. dasar punye dak kecik. aku pun ape lagi. balas dendam balik dengan sepak selipar dia jauh-jauh. time tu dia tengah solat kat lam surau. kih...kih...kih...

bila dia naik jer, aku pun jeritla, 'ko jahat!' pastu dia gelakkan aku. siap cakap 'anti aku sorok sampai ko tak jumpe carik!'... dasar si budak kecik...

eh, ingatkan main-main. rupa-rupanya dia buat betoi-betoi... time ni masa solat asar pulak. kali ni dia solat dulu baru aku turun. aku kan tengah solat, manala nak perasan apa yang orang buat kat luar. sekali bile dah siap and nak kuar tengok selipar aku tinggal sebelah jerk. tapi kali ni dia letak pulak selipar lelaki sebelah selipar aku. dasar! terbongkok-bongkok aku carik selipar aku kat area surau tu. sebelah pakai selipar, sebelah kaki ayam. tapi hampeh sebab tak jumpa langsung. bayang selipar pun aku tak nampak. mang dasar budak ni nak kena dengan aku. sebab tak jumpa jugak carik, maka naiklah aku ni kat atas opis tu dengan berkaki ayam sebelah.

bukak je pintu terus aku jerit! pok ajib dengan si nueq selamba badak jerk gelakkan aku. si mas slamat pulak terpinga-pinga tak tau pape tengok kitorang gelak macam orang meroyan. bila dah tengok aku terhencot-hencot sebelah pakai slipar sebelah lagi kaki ayam, terus dia pun gelakkan aku jugak. dasar! aku pun jeritla tanya mana selipar aku. dia senang lenang jerk tunjuk kat meja aku. ish dasar budak kecik! riuh satu opis kitorang ketawa. hahaha...

dah penat-penat ketawa kitorang pun seiring sejalanlah balik rumah... hehe... today is the happy day walaupun my kimia macam takde mood jerk... smile :) to nueq, thanx for the memories...

Monday, 28 March 2011

.we got married.

eh, bukan aku yang dah kawen... tapi ni ha ade program korea pasal maen kawen-kawen... bukan kawen betol-betol pong... dorang korean, bolehla buat cenggitu. cuba kalau Malaysia buat program cenggitu, konpem jadi kontroversi terhangat di pasaran. entah-entah mengalahkan kontroveri A**** I****** yang memang tengah hangat skang ni.. ahh... S***** issue...

program ni dah lame dah pong tayang... aku je ha yang malas nak tengok.. konon macam tak besh... pastu simpan buat asam citer ni kat dalam external. pastu bila dah dapat tahu nama list artis baru untuk new season dah kuar, barulah sebok-sebok nak tengok program ni.

mengisahkan tentang sorang artis laki ni yang terpilih 'kawen' dengan sorang artis pompuan. starting, they dont know each other yet. means, each them tak tau pon dorang kena 'kawen' dengan sape sebenarnya. on the first day, adalah surprise or mission yang dorang kena buat sebelom jumpe hubby and wifey masing-masing. pas dah jumpa barulah sesi kenal mengenal berlangsung. kalau ada yang serasi, lama lah dorang 'kawen'. kalau tak serasi, terpaksalah 'bercerai'. macam-macam ragam ada bergantungla pada pasangan masing-masing. normally, artis yang involve dalam program ni is korean idol. barula gempak kan. barula ramai orang nak tengok. tak gitu?

pasangan yang aku paling suka tengok is Jung Yong Hwa (CN Blue) dengan Seoyoung (SNSD) or prefer to be known as Yongseo Couple. Pasangan yang quite innocent. ahaks. tapi sayang coz dorang terpaksa 'bercerai' sebab masing-masing sibuk dengan schedule memasing. so sad coz they're a sweet couple. Then pasangan Khuntoria Couple, Nickhun (2PM) dengan Victoria (F(x)) and lastly pasangan Adams Couple, JoKwon (2AM) dengan Ga-In (Brown Eyed Girls).. ramai lagi couple sebenarnya tapi tu je stock yang ada dalam external aku. nak download malas. hehe...

^Yongseo Couple (goguma) ...so sweet^

^Khuntoria Couple^

^Adams Couple^

Hehe... Mang ketinggalan zaman kan aku ni. Orang lain dah habeh tengok dah. aku jer yang baru sebok nak tengok. yang pasangan lain tu, no komen coz macam tak berapa interested sangat. haha, so jahat. well, the name list for the new season lagi best i guess coz most of them is my favourite. Cant wait!

Sunday, 27 March 2011

.let's learn korean!.

it's 7.47PM rite now in Malaysia... selamat malam sume... dah solat maghrib? :)

sekarang ni tengah sambung belajar korean yang terhenti separuh jalan tu hari atas sebab-sebab yang tertentu. tadi tetiba terjumpa satu website yang menarik dan sangat seswai untuk sape-sape yang baru je nak belajar korean. pastu terasa macam nak share dengan sume orang pulak... kan bagus kalau berkongsi ilmu ni kan...hehe :)

i recommend this website sebab dia ajar satu-satu... siap ada audio sound lagi. so, u can pronounce the alphabet correctly. kalau nak tahu maksud untuk word example dia tu, u all kena la belek kamus korean-english pulak. ha yang tu u all boleh la search dekat babylon ke... wordlingo ke... barulah tahu maksud dia.

so, apa lagi. jomla sama-sama belajar korean. tak salah kalau nak menambahkan lagi ilmu pengetahuankan. untuk yang betul-betul nak belajar tu, kenalah sediakan buku nota. pape senang nak refere nanti. kan?

here's the website add : http://rki.kbs.co.kr/learn_korean/lessons/e_index.htm#
and this is the website for dictionary : http://www.worldlingo.com/products_services/worldlingo_translator.html

selamat belajar kawan-kawan... peace no war... yeah!

.it's earth hour.

 ^credit to uncle google^

it's earth hour last nite rite? but so sad coz i cant support the earth hour this year like the previous year because my parents is here last nite. but it's ok. it didn't mean that i'm being ignorant about this thing rite? still can support it next year and so on...  let's keep supporting earth hour!

Saturday, 26 March 2011

.kesian pakcik tu.

arini pi kerja lambat sikit gara-gara liat betoi nak bangun tadi pagi. kalau ikutkan hati, rasa macam taknak pergi kerja pun sebenarnya. mengenangkan kerja yang berlambak-lambak dekat opis sana, terpaksala jugak gagahkan diri ni pergi kerja.

arini pi kerja pun bawak motor slow motion giler. sumenya gara-gara minyak motor yang ada ciput jer lagi. jarum meter pun skit je lagi nak gi ke tanda merah. harap-harap cukuplah untuk perjalanan balik sebelum sampai shell anti. tadi pagi ingat nak pi isi kat petronas singgit pastu balik kerja kang baru isi full dekat shell. tapi mengenangkan insiden sebelum ni yang kena gelak ngan cashier petronas sebab isi minyak singgit, terbantut niat aku. so, bantai jerla pi kerja ngan minyak yang ciput tu. eh, tak salahkan kalau aku nak isi minyak singgit? aku taula minyak skang ni mahai. tapi aku nak isi singgit pun sebab nak wat cover je kan. takkanla aku nak pi bagitau dia yang aku nak isi minyak shell lak pasni kan. giler ke hape... (eh, ni dah melalut tang ke lain dah ni... sebenaqnya nak citer pasal kes pagi tadi...)

okla... okla... sambung balik telenovela kite tadi... tengah syok-syok aku berangan kat depan traffic light simpang empat tu kan, tiber-tiber gedebuk ade motor jatuh. siyes masa tu tak pasan sangat walaupun pakcik tu jatuh betul-betul depan aku. sedar-sedar aku nampak pakcik tu jatuh. betul-betul kat tengah-tengah jalan simpang empat tu. kat sebelah dia kan ada dua buah lori nak masuk simpang. blakang dia toksah cakapla... berjuta-juta lemon kereta nak masuk simpang. nasib baikla sume kenderaan hari ni berhemah bawak slow jer. kalau tak, aku tak tahula apa nasib pakcik tu. dan tak tahula pulak macam mana nasib aku nanti. mesti terus meroyan pastu sebab tengok insiden yang tak sepatutnya...

lambat jer pakcik tu bangun... mesti sakitkan... maunye tak sakit, dah jatuh mestila sakitkan.. sengal jugak aku ni.. mesti time tu pakcik tu blur-blur kan kat tengah jalan tu... and mesti dia malu jugak sebab sume orang tengok dia. al-maklumlah kat tengah-tengah jalan... 

^credit tu uncle google.. tapi ni bukan tempat kejadian sebenar sebab lubang dekat tempat kejadian sebenar lagi besar dari ni..^

ni sume gara-gara jalan tu la. kat tengah-tengah tu sebelum ni memang ada lobang besaarrrr punye. baru-baru ni je kot, ada pihak tertentu yang tampal jalan tu. tapi tampal macam harem.. sama jugak macam tak tampal. berlekuk-lekuk. maunya tak pakcik yang bawak motor tu jatuh. lainla kalau kete... tayar empat... still boleh lagi balance. kalau yang bertayar dua? hampehkan dorang ni tak fikirkan keselamatan kami-kami yang bawak kenderaan bertayar dua ni kan? buat kerja ala kadar jer. memang macam hampeh... eh, canne nak buat aduan kalau benda-benda macam ni eh? geram pulak aku...

anyway, rasa agak bersalah sebab tak mampu nak tolong pakcik tu sebab kami berada di arah yang berlainan. hanya mampu berdoa semoga pakcik tu selamat dan tak cedera teruk sangat...

Thursday, 24 March 2011

.Japan road vs Malaysia road.

tadi kat office dapat e-mail pasal keadaan Jepun lepas tsunami. one thing yang agak mengejutkan aku adalah bila orang-orang Jepun  ni berjaya membaiki jalan dorang yang rosak akibat tsunami hanya dalam masa enam hari jer. kalau korang tengok keadaan sebelum tu, cam impossible je kan... memang aku tabik springlah kat dorang. nampak macam mana bersatunya dorang dalam menangani isu ni kan. and one more thing of coz la sebab teknologi canggih dorang. tapi kalau sebab teknologi semata-mata tanpa semangat sepadu, rasanya tak jadi jugak kot...


^before and after^

cuba kalau kat Malaysia. aku rase xdenyelah kot. kalau dalam masa seminggu tu dah setel, tu dah kira ajaib lah tu kot. sebabnya, orang Malaysia ni suka main politik. apa-apa pun politik. buat itu politik, buat ini politik. tak bersatu langsung. berpecah belah lagi adalah. macam -----... sendiri mau taula yek. tengok ajelah jalan kat tempat aku ni. berlobang-lobang. kalau tampal pun macam -----... serupe jugak macam takyah tampal.

Selalu jugak baca dalam paper and tengok kat tv aduan-aduan rakyat pasal keadaan jalan yang agak teruk dan membahayakan. bukan setakat dekat Johor ni jer, tapi satu Malaysiala. semua negeri same jerk... tapi tulah... kalau nak tengok pihak-pihak tertentu ambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan, memang agak susahlah. bantuan dan penyelesaian biasanya hanya akan diberikan pada orang-orang tertentu atau kawasan-kawan tertentu sahaja. dan semestinya sebab?..... politik... pandainyer...

Malaysia pun bukannya tak maju apa. sekarang ni, ekonomi Malaysia pun dah ok apa. tapi tu la... disebabkan politik... sendiri mau pikirla...

sigh~ sekarang ni tak abeh-abeh dengan isu mengarut yang entah hape-hape. nak tengok berita pun macam malas. tengok news dekat channel news asia lagi bagus...

psstt : this is my own point of view. i dont think what i'm saying there is wrong. rite? but still, correct me if i'm wrong...

.the happy thing's ~ family.

kepenatan... just came back to the office after meeting the client. quite tension cause got a lot of work to be finish. but then, i received a good news today! yeay! mau menari kegembiraan ala-ala super junior gitu. haha.

^credit to uncle google^

what's the good news? MY MOM AND MY DAD IS COMING TO JOHOR BAHRU TODAY!!! so so so happy... yippiii... dah lama rasanya tak jumpa dorang. dah lama tak balik kampung. dah lama tak call. rindu...

so hari ni kena balik awal. kena kemas rumah untuk menyambut kedatangan kedua orang tua tercinta. tapi, balik awal? macam tak boleh jerk... kerja banyak tuh... huhu.. dah la rumah bersepah macam tongkang pecah. dasar anak dara pemalas. uhuks... biasala... i kan orang bujang... cet!

ni nak citer skit. dulu kan masa zaman kanak-kanak tak reti nak fikir betul sangatkan, aku salu cakap kawan lagi penting dari family. papehal mesti nak ngan kawan dulu. konon kawan boleh lebey memberikan kebahagiaan kat kiter la. tapi bila dah lama-lama membesar, dah mula boleh fikir, dah merasa dan menengok macam mana kawan-kawan layan kita, baru kita sedar rupa-rupany family tu lagi penting. macam mana buruk pun kita, macam mana teruknya kita, macam mana jatuhnya kita, family tetap setia disisi. tak macam kawan, time happy, happyla. time kite sedey, kadang-kadang ada kawan yang gelakkan kite. ye dok? anyway, aku sangat bersyukur masih punya kawan-kawan macam sekarang.

psstt : 'saya masih sayangkan semua kawan-kawan saya, tapi saya lebih sayangkan keluarga saya...'

Wednesday, 23 March 2011

.hair cut ~ Yoo In Na or Ha Ji Won?.

 ^Yoo In Na^

my currently hair cut sekarang ni adela lebey kurang ala-ala Yoo In Na (perasan muka aku...hahaha)...sama tang panjang ngan ikal jer la. takdela sihat bersinar-sinar betul macam Yoo In Na punye rambut pong. rambut aku ni kalau nak dibandingkan dengan tali tangsi agak-agak tali tangsi lagi halus kot. cet! ha, dats whyla rase macam nak potong rambut aku ni pendek macam Ha Ji Won... agak-agak seswai tak eh? ala korang bukan tau pun kan aku ni macam mana kan. so, canne nak tau seswai ke tak... ye dok? poning... poning...

 ^Ha Ji Won^

tapi...kalau nak potong pendek rasa macam sayangla pulak. bukan kejap nak simpan rambut panjang macam sekarang. setahun lebey jugak gamaknye. aku pun da lupe da... rase macam lama giler. kalau bukan sebab kulit kepala ni problemo, takde maknenya aku nak potong pendek. aku memang suka simpan panjang dari kecik lagi. tapi tu la...

haa~ mesti ada yang cakap aku ni gedik nak follow-follow artis Korea ek. tak gedik pun... mang dah lame giler planning nak potong rambut ni tapi tak tahu nak potong style macam mana. so, kebetulan pulak baru jer pas tengok citer 'Secret Garden'. eh, berkenan pulak ngan style rambut Ha Ji Won tu. tu yang fikir-fikir ni nak potong cenggitu. fikir punya fikir aku rasa dah seminggu lebey kot aku fikir. tapi takde jugak jalan keluarnya. ape yang aku fikir pun aku tak tahula. cuma aku ni jenis yang kalau nak buat keputusan tu mang kena fikir panjang. haa, panjang dalam konteks aku memang panjaanngg giler. kadang-kadang sampai bertahun tahu? tapi takkanla kalau bab nak potong rambut pun nak kena fikir sampai setahun... ye dok? tu mentel namanya... uhuks!

okla... okla... nak sambung fikir balik... selamat malam dunia... :)

Tuesday, 22 March 2011

.i felt like crying.


it's raining today... and my life did not going smooth as well... macam-macam hal berlaku hari ni. and of coz sumenye pasal kerja. kadang-kadang nak jer jerit kuat-kuat depan bos, " bos, saya dah tak nak buat cutting plan lagi!!!". damn!

sangat menensenkan kepala otak bila aku satu-satunya drafter yang kena buat cutting plan! damn! sume kesalahan aku yang nak kena tanggung. dapat pulak kerja dengan head production yang giler macam hampeh. asyik nak letakkan kesalahan dekat orang lain. pastu bila aku tanya, buat muka macam $!@l! ha kan aku dah mencarut... geram! geram! geram! tapi masih lagi cuba ketawa dan tersenyum walaupun hakikatnya aku rasa macam nak tumbuk orang jer ni!

kadang-kadang rasa macam nak give-up jer. tapi mana boleh main give-up2 ni... tak machola kan... kata nak tegakkan engineering department yang selalu jer kena condemn. so, kenalah bertahan dan belajar lagi dari pengalaman. biar satu hari nanti aku boleh lawan balik ketua-ketua yang hampeh nih. fighting!

takpe...takpe... hari ni hari korang... tunggu jer la one day ok!

semoga Allah permudahkan segala-galanya... Amin... ni kan dugaan kecik jer. sabar ok!... :)

Saturday, 19 March 2011

.Super Show 3 ^Super Junior^.

^from left : siwon, yesung, donghae, heechul, eunhyuk, shindong, kyuhyun, ryewook, leetuk... sorry, sape ek yg antara leetuk dengan donghae tu eh? kangin? ^ 

ahhh!!! today is the day!!! Super Junior concert at Malaysia!!! Just a few hours more left... Bencinya sebab tak dapat pergi. And so jeles coz my cousin dapat pergi lagi this year. Hampeh!

Bestnya kalau dapat pergi. Mahu jumpa Yesung. Aku suka dia even though he is a weirdo... doesn't he's cute? hehe... Ohh, forgot one thing.. we have one same interest which is... secret... hehehe :P

Friday, 18 March 2011

.i'm a noona.

 ^g-dragon, a younger namja with sandara park, a noona^

story about yesterday... on my way back from work, tetiba ada kete myv hon aku. tersentak aku kat atas motor tu. baru je nak tunjuk muka marah, bile pandang rupa-rupanya mamat yang aku kenal. siap jerit panggil nama aku lagi tuh. aku pun bagila senyuman skit kan. mamat tu suh aku bawak slow-slow. ko giler ke hape nak suh aku bawak slow kat tengah-tengah jalan tuh. elak kena hon jerk ngan transport lain. malas nak layan sangat, aku blah je terus.

he's handsome... he's younger... he's a good guy...

the weird thing is, aku dah lama tak jumpa mamat ni. he is a friend of my friend. i wonder how he still remember my name after quite a long time. and how he recognized me on that motorcycle? thats my new bike though. tak ramai yang tahu aku beli motor baru. weird... but its fun.

i wonder why my life always getting stuck with younger namja. even my ex-boyfren is younger than me. but it's all in the pass... ahhh... don't want to remember 'bout that...

Thursday, 17 March 2011

.That Man : Secret Garden OST.

ok... i'm falling in love with this song after hearing it again and again in Secret Garden drama. So touching...  just wanna share the thought...


this is yoja version. sing by Baek Ji Yong. She have a great voice rite?


and also, namja version. sing by the main actor itself, Hyun Bin. uwaaa... really love his voice. he can sing, he can act... and what else? really likes his character in this drama. made me thinking of someone... :(

lets sing along... :)
Han namjaga geudaereul saranghamnida
Geu namjaneun yeolshimhi saranghamnida
Maeil geurimjacheoreom geudaereul ttaradanimyeo
Geu namjaneun useumyeo ulgoisseoyo

Eolmana eolmana deo neoreul
Ireohke baraman bomyeo honja
I baramgateun sarang i geojigateun sarang
Gyesokhaeya niga nareul sarang hagenni OH

Jogeumman gakkai wa jogeumman
Hanbal dagagamyeon du bal domangganeun
Neol saranghaneun nan jigeumdo yeope isseo 
Geu namjan umnida

Geu namjaneun seonggyeogi soshimhamnida
Geuraeseo unneun beobeul baeweotdamnida
Chinhan chinguegedo mothaneun yaegiga manheun
Geu namjaeui maeumeun sangcheotuseongi

Geuraeseo geu namjaneun geudael
Neol sarang haetdeyo ttokgataseo
Tto hanagateun babo tto hanagateun babo
Hanbeon nareul anajugo gamyeon andweyo OH

Nan sarangbadgo shipeo geudaeyeo
Maeil sogeuroman gaseum sogeuroman
Sorireul jireumyeo geu namjaneun oneuldo
Geu yeope itdeyo OH

Geu namjaga naraneun geol anayo
Almyeonseodo ireoneun geon anijyo
Moreulkkeoya geudaen babonikka~

Eolmana eolmana deo neoreul
Ireohke baraman bomyeo honja
I babogateun sarang i geojigateun sarang
Gyesokhaeya niga nareul sarang hagenni OH

Jogeumman gakkai wa jogeumman
Hanbal dagagamyeon du bal domangganeun
Neol saranghaneun nan jigeumdo yeope isseo
Geu namjan umnida



psst : all the vid is taken from youtube site. credit to the uploader. here and here... the lyrics, credit goes to here... enjoy!!!

.lovely baby.

my life skarang... quite ok... tenang... happy... lucky...

finally, after quite a long time, aku mampu untuk membeli sebuah lappy. sangat-sangat gembira. dah lame aku menunggu, after my first lappy dulu dah rosak... uhuk3... still the same brand, but i like it. thanks to my lovely frenz coz telah berusaha mencari lappy aku ni dengan harga terendah di pasaran. kalau kat kedai biasa memang takkan dapat punya. plus, all the free accesories. hui, tokey kedai manela yang sanggup bagi kan?

my brand new lappy ^ASUS A42J^

and one more other thing is aku baru je tukar from broadband Celcom tu modem P1 W1MAX... ngeh3... maka dengan itu, makin syok jerla aku melayan internet. kalau nak dibandingkan dengan broadband celcom aku tu yang lembap macam siput sedut. suka3! lepas ni syok jela aku melayan blog... takdela nak upload satu gambar pun makan masa sampai setengah jam. yuhuu....

my new modem... line internet full bar gitu... :)

ok2... tapi aku ni ade satu ke kelemahan yang susah giler nak handle. kalau bab berblog ni mang sangat-sangat bergantung pada mood. kalau ade mood, rajin jerla tangan ni nak menaip. cuba kalau takde mood... konpem bersawang jerla blog aku nih... ish3... 

hehe... well... we'll see, hows things gonna work for me...:)

Wednesday, 16 March 2011

.welcome aboard.


welcome to my new world... i guess this is my third blog already. today, i accidentally deleting my current blog. damn i'm so mad at my own self. i don't know how that thing happened but it just happened. arghhh!!! and me, being moody all the time today thinking of my own mistaken. seriously, i love my old blog though. there's a memories in there. seriously, i wanna scream out loud!!!

and now, i have to blog walking again searching for any previous blogger that i'm interested with... sigh!!!

psst : for my own self, fighting!!!